Shah Alam – Gangguan bekalan air di 99 kawasan Selangor Isnin 22 Mei
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ada mengeluarkan satu notis pemberitahuan awal mengenai gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pada 22 Mei ini yang melibatkan 99 kawasan.
Air Selangor Sdn Bhd dalam satu kenyataan memaklumkan mengenai pelaksanaan kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam, Kuala Selangor.
Pelaksanaan kerja-kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 99 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan Wilayah Kuala Selangor bermula jam 9:00 pagi, 22 Mei 2023 (Isnin).
Kerja-kerja pembaikan ini dijangka akan siap pada jam 3:00 pagi, 23 Mei 2023 (Selasa).
Bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan telah siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan.
Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 9:00 malam, 24 Mei 2023 (Rabu).
“Kerja-kerja pembaikan kecemasan membabitkan paip saluran utama berukuran 2,200 milimeter dan melibatkan kawasan agihan berskala besar.
“Oleh yang demikian, tempoh pembaikan dan pemulihan mengambil masa yang agak lama,” kata kenyataan di laman Facebook Air Selangor pada Rabu.
Bagaimanapun, sekiranya kebocoran menjadi kritikal, kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah tersebut akan dimulakan lebih awal daripada tarikh yang telah dimaklumkan.
Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air.
Air Selangor juga akan menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.
Air Selangor para pelanggan yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual, dalam kenyataan itu.
SENARAI KAWASAN YANG BAKAL TERJEJAS
Senarai kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual adalah seperti di lampiran berikut.