Teringat Pesan ” Kalau Nak Berdoa, Jual Nama Mak”. “Aku Pun Berdoa Dengan Menjual Nama Mak Aku.. Allahu Akbar, Rezeki Melimpah Ruah!”

Sedikit intro tentang aku. Aku seorang suri rumah dan mempunyai seorang anak kecil. Yang kedua coming so’on Insyaallah September nanti. Aku tidak bekerja. Aku hanya berniaga coo-kies yang aku buat di rumah secara online.

Sebelum ni aku pernah terbaca satu kisah tentang seorang mak yang memesan kepada anaknya, kalau nak berdoa apa-apa, ju-al nama mak. Contoh kalau doa nak bawak suami atau isteri pergi umrah, doa macam ni

“Ya Allah, permudahkanlah urusanku untuk bawak suami / isteri aku pergi umrah. Semoga aku dapat bawak mak sekali”.

Kalau nak beli rumah, doa macam ni

“Ya Allah, lancarkanlah urusan beli rumah aku agar bila mak aku datang melawat nanti dia selesa”. Menurut maknya, insyaAllah doa tu naik serta merta tanpa hijab.

Si ibu tadi ada share tentang satu ceramah yang dia pergi. Ada sorang sahabat Nabi ni, rupa dia ge-lap dan ge-muk. Tapi dia ada isteri yang sangat cantik.

Sahabat-sahabat Nabi tanya pada dia macam mana dia boleh dapat isteri yang cantik sangat macam ni?

Dia pun kata

“Setiap hari aku berdoa pada Allah, Ya Allah kurniakanlah aku isteri yang mana bila mak aku pandang wajahnya, mak aku terus berasa sayang dan kasih padanya”.

Dan aku pon cuba amalkan. Setiap hari. Sambil aku nak lintas jalan, sambil aku buat kerja rumah, sambil aku buat cookies. Doa aku semoga Allah murahkan rezeki aku agar aku dapat bantu mak aku.

Agar aku mampu buat mak aku hidup senang. Alhamdulillah. Setiap hari aku dapat tempahan cookies walaupon tak banyak. Aku mampu hulurkan wang belanja untuk mak dan keluarga aku di kampung.

Pagi tadi mak aku call tanya ada duit tak. Mak nak bayar amanah minggu ni. Adik pun kena beli uniform kolej. Boleh mak pinjam sikit. Insyaallah hujung minggu ni mak bayar balik. Aku terdiam tak tahu nak jawab apa. Aku se-bak, macam mana aku nak tolong mak aku hari ni?

Dalam akaun aku cuma ada RM37.56 je. Aku berserah sesungguhnya. Dan aku terus merayu memohon

“Ya Allah, kau limpahkanlah seluas luas rezeki untuk aku agar aku dapat senangkan mak aku Ya Allah. Ya Allah, murahkanlah rezeki aku hari ni supaya aku mampu bantu mak aku Ya Allah”

berulang ulang kali aku berdoa.

Aku berdoa dengan menjual nama mak aku. Allahuakbar, ternyata Dia Maha Mendengar. Petangnya, dua orang vendor aku bankin duit sewa, agent coo-kies bankin duit coo-kies, customer doorgift langsaikan bayaran baki dan ada customer order cookies untuk raya siap bank in full payment. Aku terus sujud syukur. Hebat kuasaMu Ya Allah. Allah angkat doa aku.

Lepas ni bila nak doa boleh la selit nama mak yang mana masih ada mak. Kalau dah takde mak, guna lah nama ayah, nama mak mertua dan bapak mertua pun boleh. Darjat mertua dengan mak ayah kandung sama je takde beza pun. Tanpa doa dan restu mak ayah, tak kemana pun kita.

– Syahida 

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

 

Related articles