Tengah Termenung Tunggu Pelanggan, Tiba-Tiba Datang Pakcik Tua Minta Makanan. Apa Yang Terjadi Undang Sebak Netizen

Setiap daripada kita pasti akan diuji oleh Allah سبحانه و تعالى‎. Cuma ujian setiap orang berbeza-beza dan yang pastinya ujian Allah سبحانه و تعالى‎ itu mengikut tahap kemampuan kita.

Adakalanya ujian itu datang dalam bentuk kesusahan yang mana akhirnya ujian itu lah yang menjadi asbab kita untuk melakukan kebaikkan dan mendekatkan diri kepada-Nya.

Begitulah yang berlaku kepada seorang peniaga ini apabila didatangi seorang lelaki sudah lanjut usia ke kedainya yang terletak di Kota Lama, Kuala Kangsar, Perak.

Ujar Humaira Hairul Anuar, 34, ketika kejadian 7 November lalu, lelaki berkenaan meminta untuk makan nasi goreng.

“Saya baru berpindah dari Shah Alam dan buka kedai makan dekat sini. Kedai kami ni tak ramai orang datang macam kedai lain. Biasanya memang banyak temenung saja menunggu pelanggan.

“Tapi pada satu petang tu, pakcik ni datang kedai minta nasi goreng. Pakcik tu beritahu yang dia tak puas makan biskut saja waktu sarapan.

“Tapi nasi putih dah habis. Jadi saya gantikan dengan nasi ayam lauk ikan keli dengan sambal ikan bilis. Lauk tu memang dah dimasak untuk dijual… saya sedekah je untuk pakcik tu,” ujarnya ketika dihubungi mStar.

Bercerita lanjut, Humaira berkata lelaki berkenaan hidup sebatang kara dan belum berkahwin.

Jelasnya lagi yang sudah mengusahakan perniagaan di situ sejak 1 Januari lalu, ini bukanlah kali pertama pakcik tersebut datang untuk makan di kedainya.

Malah, dia turut memesan pada lelaki ini supaya datang ke kedai makannya untuk diberikan makanan secara percuma.

“Pakcik ni memang penduduk sini. Dia duduk dekat rumah dia sorang-sorang. Selalu juga nampak dia melintas kedai saya naik basikal. Kadang-kadang dia jalan kaki saja.

“Dia berumur dalam lewat 50an macam tu. Menurut abah saya, dia memang tak berapa ‘sihat’. Saya kasihan dengan nasib pakcik ni jadi sebab itulah saya tak pernah berkira nak bagi makanan free dekat dia,” katanya.

Imbas Humaira, pakcik yang hidup dalam kesusahan ini pernah bertanya satu soalan hingga membuatkan hatinya tersentuh.

Malah, persepsi dan tanggapannya dalam dunia perniagaan berubah sehingga dia menjadi lebih bersemangat untuk meneruskan perniagaan sehingga kini.

“Ada satu soalan dia pernah tanya dekat saya ‘kenapa ya orang selalu bagi makan tapi duit orang tak nak beri?’. MasyaAllah tersentuh hati dengar.

“Mana tidaknya, golongan orang macam pakcik ni ada juga keinginan nak beli barang atau makanan yang dia nak.

“Jadi saya anggap ini peluang yang Allah beri untuk saya belajar daripada dia. Kita ada pilihan untuk berbuat kebaikan dan menjadi orang baik,” katanya.

Kedai makan yang terletak di Kuala Kangsar, Perak.

VIDEO YANG VIRAL

KLIK Sini untuk tonton >> Sedih Pula Dengar

Untuk rekod, perkongsian video yang mengundang sebak netizen ini menjadi tular sehingga meraih lebih 100,000 tontonan.

Rata-rata daripada warga maya mula memuji wanita ini malah bertanya mengenai lokasi serta menu yang dijual di kedainya.

KOMEN NETIZEN PADA VIDEO YANG TULAR

“Saya tak sangka video tu akan jadi viral. Niat asalnya saya cuma nak kongsikan sebagai salah satu kenangan saya berniaga.

“Kedai tu saya beri nama Mee Rebus YB (Yang Buat) yang beroperasi dari pukul 1.30 tengah hari sehingga 8.00 malam.

“Kedai tu sebenarnya terletak di dalam kawasan rumah jadi kebanyakan orang keliru sikit nak masuk.

“Dekat kedai saya ni ada jual mi rebus, mi sup, mi kari, nasi ayam, nasi tomato dan popis,” ujarnya lagi.

Sumber/Foto/Video : mStar

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk tips dan artikel-artikel menarik

Viral Malaysiaku

Related articles