Seorang lelaki muda singgah di mirhab masjid untuk bertemu dengan seorang imam tua yang sedang duduk selepas solat sunat ba’diyyah Isyak.
“Tuan imam, minta ajarkan saya amalan-amalan untuk menambah rezeki,” pintanya perlahan
Imam tua itu tersenyum seraya berkata: “Anakku, tenang-tenang sahaja. Rezekimu boleh bertambah dengan segera.”
“Bagaimana?”
“Langkah pertama, luaskan pengertianmu tentang rezeki.”
“Maksud imam?”
“Jangan bataskan erti rezeki itu hanya pada wang ringgit. Rezeki itu hanya bukan wang, tetapi banyak lagi. Kesihatan, ilmu, sahabat, masa lapang, idea dan kemampuan untuk melaksanakan ibadah juga rezeki.”
“Kalau begitu, banyaklah rezeki saya tuan. Saya sihat, saya ada masa lapang, saya mempunyai ramai sahabat dan baru sebentar tadi Allah kurniakan kemampuan saya melaksanakan solat Isyak berjemaah.”
“Alhamdulillah. Lihat, sekejap sahaja rezeki sudah bertambah,” kata tuan imam sambil tersenyum.
“Hanya dengan meluaskan pengertian rezeki?” lelaki itu bertanya.
“Ya, hanya dengan meluaskan pengertian rezeki,” ulang tuan imam.
Imam global – Strategi Hati Menambah Rezeki
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku