Telur Kuning Bumbu Pedas, Hidangan Yang Membuatkan Lagi Dan Lagi Mahu Menambah!

Telur kuning bumbu pedas ini antara hidangan yang enak yang boleh anda sediakan untuk santapan ahli keluarga.

Biasanya di makan bersama dengan nasi impit atau pulut kuning. Boleh juga dimakan bersama-sama nasi putih panas, cukup satu lauk ni sahaja pun laku.

Mari ikuti perkongsian di bawah ini

ADVERTISEMENT

BACA JUGA : Telur Kicap Korean Style Ni Memang Sedap, Anda Kena Cuba!

RESIPI TELUR KUNING BUMBU PEDAS

Salah satu masakan telur yang membuatkan lagi dan lagi mahu menambah

Resepi telur kuning bumbu pedas

BAHAN-BAHAN :

  • Telur 8 biji – direbus dan dibuang kulit
  • Serai 1 batang – dikatok
  • Cili padi hijau 10 batang
  • Lengkuas 3 cm dihiris
  • Tomato – dibelah
  • 2 helai Daun limau purut – dihiris
  • 1 helai Daun kunyit – dihiris
  • Santan fresh 700ml
  • Serbuk perasa
  • Garam
  • 1-1½ cawan minyak
  • Bawang besar 1-2 biji*
  • Bawang putih 4 ulas*
  • Halia 3cm*
  • Kunyit hidup 3cm*
  • Cili hijau 3 batang*
  • Cili padi hijau 10 batang*
  • Cili kering 7-10 batang*

Resepi telur kuning bumbu pedas

ADVERTISEMENT

NOTA :

  • Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut. Toskan airnya dan bilas cili kering yang telah direbus tadi .
  • Kisarkan sekali dengan bahan yang bertanda *

CARA PENYEDIAAN :

1. Panaskan minyak untuk menggoreng telur. (Pastikan minyak betul-betul panas) dan masukkan telur. Goreng sehingga 1-2 minit atau kulit telur diluar sedikit garing. Angkat dan ketepikan.

2. Gunakan minyak yang sama , tumis bahan yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak dan sedikit kering.

ADVERTISEMENT

3. Masukkan santan (api perlahan) dan gaulkan dan masak sehingga sedikit kering.

4. Kemudian, masukkan serai, lengkuas, cili padi hijau, tomato, daun limau purut dan daun kunyit. Kemudian gaulkan sehingga kering dan pecah minyak.

Resepi telur kuning bumbu pedas

5. Masukkan garam dan serbuk perasa. Gaulkan rata.

6 . Masukkan telur yang telah digoreng tadi dan masakkan ia seketika.

Resepi telur kuning bumbu pedas

7. Angkat dan siap untuk dihidang.

Resepi telur kuning bumbu pedas

Selamat mencuba!

Sumber/Foto: Nurul Ateekah

ADVERTISEMENT

Related articles