Telur Kicap Korean Style Ni Memang Sedap, Anda Kena Cuba!

Telur korea style ni anda kena cuba ya. Memang best! Hidangkan dengan nasi panas-panas mantap betul

Jom ikuti perkongisan ini, resepi dan video ada dibawah.

BACA JUGA : Cara Mudah Masak Telur Rebus Tanpa Air. Hasilnya Telur Masak Cantik Dan Tak Pecah

RESEPI TELUR KICAP KOREAN STYLE (Korean Marinated Eggs)

telur kicap korean

BAHAN-BAHAN :

  • 3-5 biji telur
  • Air

BAHAN PERAPAN :

  • kicap cair / light soy sauce
  • air masak
  • bawang holland (cincang)
  • daun bawang (cincang)
  • cili hijau (cincang)
  • bijan putih

CARA-CARA

1. Panaskan air sehingga mendidih. Apabila air mendidih, masukkan telur dan rebus selama 5 minit sahaja.

2. Setelah 5 minit, keluarkan dan masukkan ke dalam mangkuk berisi air sejuk selama 5 minit. Tujuannya adalah untuk memberhentikan proses memasak dan memudahkan anda untuk mengupas telur

3. Sementara menunggu telur sejuk, campurkan ke semua bahan perapan di dalam satu mangkuk. Kacau sebati dan ketepikan.

4. Kupas telur secara berhati-hati. Kemudian, masukkan ke dalam bekas yang bertutup.

5. Setelah itu, tuangkan bahan perapan yang sudah dicampur ke dalam bekas yang berisi telur. Pastikan bahan perapan yang dituang itu melebihi telur.

6. Tutup bekas itu dan simpan di dalam peti sejuk selama 8 jam

7. Keluarkan dari peti sejuk dan telur kicap korean anda sedia untuk dihidang!

Sedap dimakan bersama nasi putih yang panas. Selamat mencuba!

@ilyana.razali saya jumpa resepi ni dari anju. ini percubaan kedua. mesti masukkan telur ke dalam air mendidih baru set tempoh masa 5minit. lepastu masukkan ke dalam air berisi ais dengan tempoh masa 5minit. mesti jadi. lazat sangat. ingat nak buat stok utk berbuka esok la. senang sangat ni. cuba ya! #telurkorea #telurramen #telur #koreanfoodie #InspirasiRamadan #BukaPuasa #telurkicapkorea #egg #soysauceegg #mayakeggs #mayakeggsrecipe #roomcircletwd #sayayana ♬ original sound – ilyana | diet sihat & tips – ilyana | eatwithyana

Sumber/Foto : ilyana.razali

Related articles