Telur Goreng Masak Asam, Resepi Turun Temurun Dari Arwah Nenek. Menyelerakan Sungguh!

Telur adalah menu yang paling ringkas dan paling mudah untuk disediakan. Namun jika setiap hari makan telur goreng, telur rebus, telur dadar, agak membosankan juga bukan?

Untuk itu vmk hari ini ingin kongsikan satu menu yang ringkas namun sangat sedap dan menyelerakan. Resepi telur goreng masak asam ini dikongsikan oleh Puan Noriza Jaja. Resepi turun temurun dari arwah opah yang dipelajari oleh ibunya dan kini diwarisi oleh beliau pula. Makan pula dengan nasi panas, fuhh confrim bertambah-tambah nasi

Bahan dan cara memasaknya yang dugunakan juga ringkas dan mudah. Jom cuba!

RESEPI TELUR GORENG MASAK ASAM

(Resepi turun-temurun daripada arwah nenek)

BAHAN-BAHAN :

  • Telur goreng
  • Bawang besar hiris
  • Bawang putih hiris
  • Halia hiris
  • Cabai masak hiris
  • Cili padi hiris
  • Air asam jawa
  • Gula dan garam

CARA-CARA MEMASAK

1. Guna minyak goreng telur tadi.

2. Tumis bahan-bahan hiris sehingga layu.

3. Masukkan air asam jawa. Pekat atau cair terpulang pada selera anda.

4. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Biarkan telur mendidih sekejap.

5. Tutup api. Siap!

Selamat Mencuba!

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber/Foto : Noriza Jaja via Ilham Resepi

Related articles