Tauhu Begedil Inti Overload, Tak Cukup Setakat Dua Tiga Masuk Mulut. Habis Sekelip Mata Je!

Tauhu begedil antara hidangan yang ringkas dan sedap. Malah ia juga sesuai dimakan pada bila-bila masa. Rasa tauhu yang enak berinti dan dicicah pula dengan sambal kicap pedas ternyata ia hidangan yang memenuhi citarasa ramai orang.

Nak menyediakannya juga mudah sebanarnya, namun kali ini cuba buat kelainan sedikit. Kita buat tauhu begedil inti Overload perkongsian resepi oleh Afy AL Habibi ini. Pasti makan sampai tak sedar dah licin sepinggan sebab sedap yakmat

Nak tahu kepada namanya begitu? Jom ikuti perkongsian resepi beliau dibawah ini.

RESEPI TAUHU BEGEDIL INTI OVERLOAD

Salah satu makanan frozen yang mesti ada dalam peti cikgu. Cikgu buat lebih kemudian bekukan dalam bekas. Jangan tak tahu, hangat tau sambutan resepi tauhu begedil cikgu kongsi dekat wall sebelumnya. Ramai berminat sebab namanya kali ini cikgu panggil tauhu begedil inti Overload.

Kenapa namanya begini, kawan cikgu tengoklah gambar sampai habis.

Walaupun ramai dah sedia maklum resepi asalnya, cikgu tunjuk juga sebab ada kelainan cikgu buat. Tak cukup setakat dua tiga ketul masuk mulut.

Makan sampai tak sedar dah licin sepinggan sebab sedap yakmat. Kalau dijadikan menu tambahan masa buat potluck dulu-dulu mesti tauhu begedil ni habis yang pertama. Tak percaya?

Haa cikgu dah buat. Habis sekelip mata je. Semoga bermanfaat.

JOM MULA BUAT

5 biji kentang yang siap direbus kemudian dikupas kulit dan hirisan daun sup.

Untuk rasa inti yang lebih sedap, tambahkan campuran daging kisar.

Cikgu masak sekejap atas pan. Tambahkan hirisan bawang merah, holland dan bawang putih yang dipotong dadu.
Perasakan dengan 1 sudu besar sos blackpepper, serbuk blackpepper dan secubit garam.

Kali ini untuk kelainannya, cikgu tambahkan bahan di atas untuk disumbat sekali dalam inti tambahan tauhu secara berasingan.

  • Crabstick
  • Bebola daging (rebus seketika dan belah 4)
  • Sosej cheese (celur seketika)

Lenyek dengan lesung batu kentang tadi.

Kemudian masukkan daging kisar, daun sup, cili merah serta 2 sudu besar bawang goreng. Perasakan dengan 1/3 sudu kecil serbuk lada sulah, secubit dua serbuk perasa dan secubit kecil garam.

Gaulkan sebati kesemuanya sekali begini.

Sediakan tauhu kering. Belah tauhu berbentuk X dengan gunting.

Ambil inti tambahan dan bulatkan sekali bersama kentang lenyek tadi. Bentukkanlah macam mana rupa gayanya sekali pun. Asalkan semua inti tersebut muat dalam tauhu.

Haa siap. Setiap ketul tauhu ada tambahan inti berlainan.

Macam-macam rupa sebab cikgu nak kejar waktu berbuka masa ni. Overload! Kalau tak nak bahagian atas cepat hangus, sepatutnya sumbat inti betul2 masuk dalam tauhu kering tu. Takpalah kita buat diaa. Haa

Seterusnya, pecahkan sebiji telur. Cikgu tak letak garam pun. Kacau-kacau. Ambil seketul demi seketul tauhu tadi celup dalam telur. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan.

Sentiasa balik-balikkan selepas salutan telur mengeras. Angkat sesudah kulit luar garing. Toskan

Sedia untuk dihidangkan bersama sambal kicap awesome dan gigit cili padi hijau sekali kalau lawan pedas.
Sesuai sungguh makan bila-bila masa. Yang lebih cikgu masuk bekas dan frozenkan. Mudah tetapi sangat sedapppp.

Tak sabar dah nak ngap. Cicah dengan Sambal Kicap Awesome. Syokkk.

RESEPI SAMBAL KICAP AWESOME

1. Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 2 genggam cili padi hijau
  • 8 ulas bawang putih

TIPS SAMBAL KICAP LEBIH SEDAP DAN TAHAN LAMA

  • Goreng seketika dua bahan di atas.
  • Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.

*kali ni cikgu tambah 1 1/2 sudu besar bawang goreng : tips dari saranan kawan-kawan lain. Sambal lebih pekat dan berperisa

2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.

3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.

4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk warna yang cantik.

5. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa . Tambahkan juga secubit garam jika perlu. (cikgu tambah juga 1/2 cawan air supaya sambal tidak terlalu pekat)

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Sumber/Foto : Afy AL Habibi

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles