Tanpa Sedar Kita Melagakan ‘Anak Dengan Ayahnya’. Ambil Perhatian Wahai Ibu-Ibu

AMBIL PERHATIAN wahai ibu-ibu, isteri-isteri. Terkadang tanpa kita sedar kita telah melagakan anak dengan bapanya.

Dalam satu kuliah ustazah Asma Harun menegaskan kepada para hadirin yang terkadang itu kita melagakan anak dengan bapak. Bagaimana?

Telefon anak-anak.

ADVERTISEMENT

“Assalamualaikum..” .. Walaikumusalam… Ya mak, ada apa?

Mak takda apa sangat haa.. mak ge-ram kat ayah kau tu lah.

Dah kenapa pula mak? Ayah kenapa ?

Mak sebenarnya dah sabar dengan ayah kau ni 30 tahun dah…

ADVERTISEMENT

Macam lah ters3ksa 30 tahun tu padahal hari tu je ada benda kecik hati. Tapi dia lumsum semua 30 tahun.. Inilah yang Nabi sebut sifat-sifat wanita penghuni nera-ka ialah yang apabila dia tidak suka kebu-ruk-kan suaminya dia melupakan segala kebaikkan. Orang perempuan dia suka gunakan ayat yang nunjukkan dia s3dih dan terlalu ters3ksa..

Bila bercerita pada anak, saya nak tanya anak ini akan timbul ge-ram tak pada bapak dia? Soal ustazah Asma Harun.

ADVERTISEMENT

Pembaca terutama para ibu dan isteri boleh mendengar kisah, nasihat dan teguran berharga oleh Ustazah Asma Harun di video dibawah mulai minit 0.01 sehingga minit 3.40 dan huraian dan kisah hadis yang disebutkan oleh Ustazah mengenai sifat-sifat wanita ahli nera-ka selepas video

Mengapa Ramai Perempuan Di Nera-ka? Wanita penghuni nera-ka

Suatu ketika terjadi gerhana matahari pada zaman Nabi SAW. Baginda lalu melaksanakan solat gerhana bersama para sahabatnya. Nabi SAW berdiri sangat lama seperti membaca surah al-Baqarah. Baginda lalu rukuk dengan lama. Lalu bangkit berdiri semula, lalu rukuk lagi, lalu sujud.

Pada rakaat kedua, Baginda kembali berdiri dengan lama, namun tidak selama rakaat pertama. Baginda lalu rukuk, lalu berdiri lagi, lalu rukuk, kemudian sujud. Nabi SAW selesai daripada solatnya apabila gerhana itu telah berlalu.

Selesai solat, Rasulullah SAW bersabda, “Diperlihatkan kepadaku Nera-ka sebentar tadi. Tidak pernah aku melihat pemandangan yang sangat menge-rikan seperti hari ini. Aku melihat kebanyakan ahlinya adalah perempuan.”

Para sahabat bertanya, “Apakah sebabnya, wahai Rasulullah?”

“Sebabnya adalah keku-furan mereka, ” jawab Nabi SAW.

Mereka bertanya lagi, “Apakah mereka ku-fur kepada Allah SWT?”

Baginda bersabda, “Mereka kufur (tidak berterima kasih) kepada suami, suka melupakan kebaikan. Andai engkau memperlakukan salah seorang daripada mereka dengan baik seumur hidupmu, lalu ia melihat sesuatu (yang diben-ci) darimu, maka ia akan berkata, aku tidak pernah melihat kebaikan sedikitpun daripadamu.”[1]

Ahli Nera-ka Paling Banyak?

Sebahagian orang yang tidak faham menyangka hadis ini meren-dah-kan perempuan. Padahal sama sekali tidak seperti itu. Malah Rasulullah SAW sangat terkenal selalu membela dan meninggikan martabat perempuan.

Satu hal yang pasti, ahli Nera-ka tidak ditentukan oleh jantina seseorang. Bukan juga bangsa dan warna kulitnya. Akan tetapi, amal perbuatan seseorang selama hidupnya di dunia.

Allah SWT berfirman, mafhumnya:

“Ya, barang siapa yang berbuat do-sa dan ia telah diliputi oleh do-sanya, mereka itulah penghuni Nera-ka, mereka kekal di dalamnya. (Surah al-Baqarah 2: 81)

Banyaknya bilangan perempuan di Nera-ka tidak lain kerana bilangan mereka yang sangat besar dalam populasi dunia. Kaum perempuan selalu lebih ramai daripada kaum lelaki. Oleh itu, perempuan bukan hanya terbanyak di Nera-ka, namun juga terbanyak di Syurga. Demikianlah pendapat al-Qadi ‘Iyad dan Imam al-Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim.

Untuk lebih meyakinkan bahawa hadis ini bukannya sedang meren-dah-kan darjat perempuan, sebuah riwayat lain menyebut kaum perempuan yang Nabi SAW lihat pada masa itu ialah mereka yang memiliki sifat-sifat tertentu.

Imam Ahmad meriwayatkan daripada Jabir, Rasulullah SAW bersabda, “Kebanyakan wanita yang aku lihat di dalam Nera-ka ialah orang yang jika dititipkan rahsia, mereka menyebarkannya. Jika diminta, mereka bak-hil. Jika meminta, mereka sangat memak-sa dan jika diberi, mereka tidak berterima kasih.”

Jelaslah, Rasulullah SAW bukannya sedang merendahkan status mereka sebagai perempuan. Akan tetapi, Baginda SAW menitikberatkan kepada sifat-sifat bu-ruk yang terdapat dalam diri mereka sehingga menyebabkan mereka berada di Nera-ka.

Sangat Ke-jam

Jika kita fikirkan dengan lebih mendalam, hadis ini sebenarnya memihak kepada perempuan. Dengan hadis ini, Rasulullah SAW hendak mengingatkan kaum perempuan sifat-sifat yang boleh menjerumuskan mereka ke dalam Nera-ka. Sifat-sifat itu sangat halus dan sering kali dianggap ringan. Tujuannya adalah agar mereka dapat memperbaiki diri sehingga terselamat daripada s3k-saan Allah SWT.

Rasulullah SAW menjelaskan, salah satu sifat bu-ruk yang sering terdapat dalam diri perempuan adalah mudah memperkecilkan atau melupakan kebaikan seseorang ketika marah. Semua kebaikan masa lalu terhapus hanya kerana satu kesalahan yang berlaku.

Seorang suami yang selalu memenuhi keperluannya dilihat seolah-olah tidak pernah memberi apa-apa. Seorang anak yang selalu berbakti dengan pelbagai pemberian, seolah-olah hanya pandai menyakiti hatinya sahaja. Senario ini berlaku setiap hari, namun jarang diperhatikan. Ramai yang menganggapnya ringan, padahal di sisi Allah SWT cukup berat.

Mengingkari kebaikan walau sekecil mana merupakan sikap yang kejam dan kasar.

Hanya orang yang tidak sedar sahaja yang boleh melakukannya. Perbuatan ini sama sahaja membalas kebaikan dengan kejahatan yang sangat melukai perasaan. Bayangkan betapa hancurnya hati seseorang apabila kebaikannya tidak dihargai, bahkan dilupakan.

Perbuatan ini haram dilakukan kepada orang lain, lebih-lebih lagi kepada orang yang selalu menyayangi dan mencintai kita setiap masa. Ibn Battal al-Maliki berkata dalam Syarh Sahih al-Bukhari, “Rasulullah memerintahkan kita untuk selalu berterima kasih kepada orang yang berbuat baik kepada kita. Apatah lagi kepada suami yang selalu memberi kebaikan sepanjang hidupnya?”

Sering Melak-nat

Selain sifat ini, Rasulullah SAW memperingatkan sifat lain. Dalam hadis al-Bukhari daripada Abu Said al-Khudri, apabila keluar untuk solat hari raya, Rasulullah melalui di hadapan sekumpulan perempuan. Baginda SAW bersabda, “Wahai kaum wanita, bersedekahlah. Sesungguhnya aku melihat kaum perempuan kebanyakan ahli Nera-ka.”

Mereka bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Kamu banyak melak-nat dan mengingkari kebaikan.”(Riwayat al-Bukhari)

Laknat yang dimaksudkan di sini adalah kata-kata makian dan celaan yang lahir akibat kekesalan, sama ada ditujukan kepada manusia ataupun benda-benda lain, termasuk benda yang tidak bernyawa.

Seperti sebelumnya, sifat dan sikap ini mencerminkan kekeruhan hati dan kegelapan jiwa pelakunya. Pepatah Arab berkata, “Cerek hanya mengeluarkan apa yang terdapat di dalamnya. Jika isinya kopi, ia akan mengeluarkan kopi. Jika isinya susu, ia akan mengeluarkan susu.”

Imam al-Nawawi berkata, “Hadis ini mengandungi anjuran untuk memperbanyak sedekah, perbuatan baik, istigfar dan ketaatan lain. Hadis ini juga mengajarkan bahawa perbuatan baik dapat mengha-pus do-sa-do-sa.”

Sifat, Bukan Jantina

Apabila menghuraikan hadis ini dalam majlis Sahih al-Bukhari di Damsyik, al-Muhaddis Syeikh Muhammad Na’im al-Areksusi berkata, “Pengajaran dalam hadis ini bukannya khas untuk perempuan. Namun ditujukan kepada sesiapa sahaja yang memiliki sifat-sifat seperti ini dalam dirinya, termasuklah lelaki.

Sungguh bijak ucapan beliau. Setiap sifat buruk yang dinisbahkan kepada perempuan terbuka juga untuk lelaki. Walaupun sifat-sifat itu banyak ditemui pada kaum perempuan kerana sebab-sebab tertentu, namun bukan bererti lelaki terlepas daripadanya.

Berapa ramai lelaki yang memperkecilkan kebaikan isteri? Cukup ramai. Kita sering melihat para suami yang lidahnya sangat berat mengucapkan terima kasih kepada isterinya.

Berapa ramai lelaki yang mudah me-lak-nat apabila ditimpa perkara yang tidak disukai? Juga bukan sedikit. Sudah tentu ini merupakan sikap yang sangat terce-la walaupun dilakukan oleh lelaki.

Perempuan Sempurna

Kelebihan perempuan terletak pada kehalusan perasaannya. Jika kelebihan ini digunakan dengan baik, ia akan menjadi hamba Allah SWT yang dicintai. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:

“Wanita terbaik yang menunggang unta ialah wanita Quraisy. Mereka sangat sayang kepada anak pada masa kecilnya, dan pandai menjaga suami dalam kepemilikannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Baginda SAW juga bersabda, maksudnya:

“Lelaki yang mencapai kesempurnaan sangat banyak. Namun tidak ada perempuan yang sempurna melainkan Asiyah isteri Fir-aun dan Maryam binti Imran.

Menurut al-Hafiz Ibn Katsir, persamaan yang terdapat pada Asiyah dan Maryam adalah kedua-duanya sama mengasuh seorang nabi. Asiyah mengasuh Nabi Musa a.s., dan Maryam mengasuh Nabi Isa a.s..[2] Ringkasnya, kecemerlangan mengasuh dan mendidik anak membawa mereka kepada kesempurnaan dan martabat yang sangat tinggi di sisi Allah SWT.

Semoga Allah SWT menjauhkan kita dan ahli keluarga kita daripada sifat-sifat ahli ahli Nera-ka, dan menghiasi kita dan mereka dengan sifat-sifat ahli Syurga. Amin ya Rabbal ‘alamin.

_______________
Catatan Kaki:
1. Riwayat al-Bukhari, kitab al-Kusuf no. 1052.

2. Al-Bidayah wa al-Nihayah, jilid 1, hal. 457.

Semoga kita semua boleh melangkah masuk ke dalam syurga bersama keluarga yang kita cintai.

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

ADVERTISEMENT

Related articles