TANDA-TANDA ORANG YANG MENDAPATKAN QOBUL DIBULAN SUCI RAMADHAN
Telah berkata As-Sayyidil Habib Zein bin Ibrahim bin Sumaith حفظه الله تعالى ورعاه ومتعنا الله بطول حياته ; tanda-tanda orang yang telah mendapatkannya adalah :
• Sebelum Ramadhan : sentiasa tidur sesudah Subuh
• Setelah Ramadhan : menjadi tidak tidur & sentiasa berzikir kepada Allah sampai terbitnya matahari
• Sebelum Ramadhan : tidak melaksanakan Qiyamullail
• Setelah Ramadhan : sentiasa Qiyamullail
• Sebelum Ramadhan : tidak menjaga solat berjamaah
• Setelah Ramadhan : sentiasa solat berjemaah
• Sebelum Ramadhan : tidak mencintai ilmu & ‘Ulama
• Setelah Ramadhan : menjadi pecinta ilmu & ‘Ulama
• Sebelum Ramadhan : tidak menjaga solat dhuha, witir & rawatib
• Setelah Ramadhan : menjadi orang yang sentiasa menjaganya
• Sebelum Ramadhan : senang melihat perkara yang ha-ram
• Setelah Ramadhan : menjadi seorang yang takut kepada Allah & menundukan pandangan dari melihat yang ha-ram
• Sebelum Ramadhan : gemar berbo-hong & ghi-bah (mengum-pat)
• Setelah Ramadhan : taubat dari perbuatan tersebut
• Sebelum Ramadhan : der-haka kepada kedua orang tua
• Setelah Ramadhan : menjadi seorang anak yang sentiasa berbakti & menunaikan segala hak kedua orang tuanya
• Sebelum Ramadhan : dia memutuskan silaturrahimnya
• Setelah Ramadhan : dia sentiasa menyambungnya
— Dan seperti itulah dirinya didalam setiap kebaikan & dia menjadi lebih baik. Maka begitulah tanda-tanda seseorang yang telah diterima amal ibadahnya dibulan suci Ramadhan & tanda dirinya dibebaskan daripada api nera-ka.
— Manakala barangsiapa yang bersifat sebaliknya (na’udzubillah), maka dialah adalah seseorang yang MAHRUM (diha-ramkan) daripada mendapat kebaikan, sangat meru-gi dan akan kehilangan segalanya. Tidak ada peningkatan dalam kualiti ibadahnya & tidak akan mencapai pun kepada tahap yang lebih baik. Dia telah membazirkan umurnya dalam keadaan yang sia-sia, yang mana seharusnya dia meningkat & melangkah ke depan namun malah sebaliknya dia berpatah balik mundur ke belakang.
— Sebagaimana dikatakan :
“Barangsiapa yang mencari kemajuan (dalam kebaikan) maka dia akan maju & barangsiapa yang menginginkan kemunduran dia akan mundur.”
Disusun & ditulis oleh bahits :
As-Sayyid Umar bin Zein bin Ibrahim bin Sumaith Al-Hadhrami Al-Hussaini حفظه الله تعالى ورعاه
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Sumber : Pondok Habib