Terdapat tanda-tanda Allah سبحانه و تعالى menghendaki seseorang itu mendapat kebaikan. Antaranya ialah DUA hadis di bawah ini.
1. Dia Akan Sentiasa Beramal Soleh Sebelum Tiba Hari Kemātīannya.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;
إذا أراد الله بعبد خيرا استعمله قيل : ما يستعمله ؟ قال : يفتح له عملا صالحا بين يدي موته حتى يرضي عليه من حوله
“Apabila Allah menginginkan kebaikan kepada seorang hamba, Allah akan menjadikannya beramal.”
Lalu para sahabat bertanya; “Apa yang dimaksudkan dengan akan dijadikannya beramal?.”
Rasulullah صلى الله عليه وسلم menjawab; “Dibukakan untuknya amalan soleh sebelum dia menīnggāl dunīa sehingga orang-orang yang berada di sekelilingnya redha terhadapnya.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Maka berdoalah agar kita dan orang-orang yang kita sayangi termasuk dalam golongan ini.
2. Diberikan Ujian Dan Dugaān.
Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda;
من يرد الله به خيرا يصب منه
“Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan baginya, maka Allah akan memberikannya musībāh.” (Hadis Riwayat Imam al-Bukhari)
Didoakan buat anda dan sesiapa sahaja yang sedang diuji agar dapat bersabar dan redha dengan ujīān tersebut sehingga anda berjaya mendapat pahala besar yang Allah سبحانه و تعالى sediakan, juga segera mendapat jalan penyelesaīān.
والله تعالى اعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk info-info menarik
Oleh : Viral Malaysia Ku