PERISTIWA akhir zaman banyak dikhabarkan kepada kita melalui hadis-hadis baginda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam. Ini kerana Baginda mahu kita sentiasa mempersiapkan diri bersedia untuk menghadapi hari kia-mat yang menjadi rahsia Allah.
Tanda-tanda itu banyak, dan diantara tanda akhir zaman yang paling nampak dihadapan mata kita ialah ‘kekurangan para alim ulama’. Mereka masih ada tetapi tidak ramai.
Pepatah melayu ada mengatakan, ‘Patah Tumbuh Hilang Berganti’. Ketahulilah pepatah ini hanya sah selain daripada Ulama. Kerana Ulama itu bila patah payah tumbuh, hilang payah berganti.
Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekali gus daripada hamba-Nya, tetapi Dia mencabut ilmu itu dengan mema-tikan para ulama, sehingga tiada lagi ulama yang tinggal. Pada saat itu, manusia akan mengangkat pemimpin daripada kalangan orang yang bo-doh. Dan ketika pemimpin itu ditanya sesuatu, maka akan keluar daripadanya fatwa yang tidak berasaskan ilmu sehingga mereka terse-sat dan menye-satkan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari)
“TANDA-TANDA AKHIR ZAMAN” ~ Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari An-Nadwi Al-Maliki
Tahun ini merupakan tahun yang luar biasa. Dalam beberapa bulan ini sahaja kita telah kehilangan hampir 100 orang ulama (bahkan lebih) diseluruh alam ini.
Maknanya lampu-lampu besar dunia dah banyak yang terpadam. Dunia kita sedang malap. Atau pun boleh kita katakan ulama ini ibarat paku paku yang besar (pasak-pasak bumi). Pasak pasak bumi ini banyak yang telah tercabut. Artinya dunia kita makin te-nat.
Mintalah Perlindungan Daripada Allah.
Oleh sebeb itu mintalah perlindungan daripada Allah. Bangun pagi selepas solat subuh bacalah :
بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Bacalah sebanyak 41 kali.
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Disediakan oleh : abunur@vmk