Tanam Lobak Dalam Botol Air Mineral Pun Boleh. Caranya Jangan Isi Tanah Penuh Botol Dulu!

Bagi mereka yang suka kepada hobi menanam pokok berasaskan sayuran, menikmati sayur-sayuran segar yang ditanam sendiri sememangnya berbeza kerana ia mendatangkan satu kepuāsan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

“Perkara paling menyeronokkan setiap kali melihat tanaman ini berbuah dan dapat dirasai seisi keluarga bersama-sama menuai hasilnya sebelum dijadikan hidangan.

Selain merasai kepuasān untuk diri sendiri, ia juga boleh menjadi sumber ‘pahala’ apabila tanaman sayuran yang dituai dikongsi bersama saudara atau jiran terdekat.

ADVERTISEMENT

Jika ada seorang yang suka menanam anda boleh jadikan idea cara menanam lobak dalam botol yang dikongsikan oleh CT Hamisah Ahmad II yang berkongsi idea menanam lobak dalam botol. Dia cuma guna kembali botol air mineral terpakai saiz 1500ml.

CARA TANAM LOBAK DALAM BOTOL AIR MINERAL DARI BIJI BENIH

1. Mula-mula sekali semai biji benih lobak di tray semaian dulu. Letak tray di tempat redup, pastikan siraman cukup.

2. Lobak ini saya tanam dari biji benih, boleh beli di nurseri, online pun ada (Shoppe).

ADVERTISEMENT

Saya guna botol air mineral 1500 ml yang dipotong bahagian atasnya selain buat lubang di bahagian bawah.

Pokok lobak putih, elok suburnya

3. Bila daun dah naik 4-5 helai bolehlah pindahkan anak benih lobak dalam botol. Daun lobak mula mula akan keluar macam rumput. Biar dulu hingga daun sebenar keluar baru pindah dalam botol.

ADVERTISEMENT

4. Sewaktu isi tanah dalam botol, jangan isi tanah sampai penuh. Letak tanah hingga 3/4 botol saja. Pastikan guna tanah yang tak keras supaya ubi lobak mudah membesar.

5. Kemudian masukkan anak benih lobak dan tanam, biarkan tenggelam semua batang. Tinggalkan daun saja tapi pastikan pucuk tidak tertimbus. Nanti anak pokok matī.

6. Bila lobak semakin membesar, batang akan naik. Tambah lagi tanah, timbus batang sampai pelepah pertama. Jika tak buat begini lobak tak membesar dengan baik dan tak berisi.

7. Siram 2 kali sehari dan buang daun di bawah sekali. Lobak biasanya boleh dituai antara 60-90 hari.

Pokok lobak merah, daunnya halus berbanding pokok lobak putih

INFO

  • Kalau tanam lobak putih, biasanya memang akan timbul sikit di permukaan.
  • Lobak dalam gambar itu dituai pada usia 2 bulan. Ingat nak ambil daun untuk masak sayur air rupanya lobak dah ada isi.
  • Selain lobak boleh juga tanam sayur lain dalam botol ini.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku

Diolah oleh : Viral Malaysiaku
Sumber : CT Hamisah Ahmad II via Vanila Kismis

ADVERTISEMENT

Related articles