Tak Tipu! Sangat Sedap Nasi Kak Vouge Cikgu Afy AL Habibi Ni. Mudah Sangat, Ini Resepinya!

Rasanya hampir semua dalam kalangan kita mengenali nasi kak wok. Walaupun asalnya dan popular dari Kelantan, tapi dah cukup dikenali di negeri lain. Buktinya kita dapat lihat nasi kak wok ini ada dijual dimana-mana dan amat digemari.

Nasi Kak Wok sebenarnya satu hidangan yang simple sahaja. Cara membuatnya pun ringkas dan mudah. Anda boleh ikuti resepi perkongsian Cikgu Afy Al Habibi ini. Ikut sahaja resepi dan langkah-langkah yang diajarkan oleh Cikgu Afy Al Habibi ini, confrim serius sedap dan menjadi. Dengan syarat ikut sahaja resepi yang cikgu kongsikan.

Apa lagi jom le kita memasak!

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Ayam Masak Thai Yang Kaw Sedap. Sekali Cuba Pasti Repeat Masak Lagi!

RESIPI GULAI KAK VOUGE CIKGU AFY AL HABIBI

Seperti yang dijanjikan semalam. Ramai betul yang teruja kan. Tengok gambar cikgu letak tu mesti menitik air liur masing-masing. Kan?

Nasi ini memang sedap. Inspirasi dari nasi kak wok, popular di negeri cikgu, Kelantan. Tiap kali balik mesti ramai pengunjung luar yang makan dekat selekoh jalan Telipot tu.

Versi cikgu tukar ejaannya menjadi Nasi Kak Vouge. Sebutan hampir sama. Rasa nasi pun sama sedap dengan yang dibeli. Dengan syarat ikut sahaja resepi yang cikgu kongsikan.

Nak balik kampung tak tahu bila lagi. Ajomm la buat sendiri. Mudah sangat je. Silakan resepinya.

Nasi Kak Vouge. Tengok pun kecur liur kan?

BAHAN GULAI AYAM:

  • 3 ketul ayam – dicincang kecil
  • 1 sudu makan rempah gulai kak wok Kelantan
  • 1 cawan air
  • 1/2 keping manisan Kelantan @ gula melaka
  • 2 senduk santan
  • 1 biji terung – potong dadu
  • 1/3 batang lobak merah – potong dadu
  • 3 tangkai kacang panjang – potong kecil
  • Minyak masak untuk menumis
  • Garam, gula dan perasa secukupnya

BAHAN KISAR:

  • 1 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
  • 1 ulas (kecil) bawang putih
  • 1 hiris (nipis) lengkuas
  • 1 hiris (nipis) halia
  • 1 hiris (nipis) serai
  • secubit ketumbar dan jintan manis (tambahan)

CARA MEMASAK:

1. Panaskan minyak sedikit kemudian tumis bahan kisar hingga naik bau.

2. Seterusnya masukkan 1 sudu makan rempah gulai kak wok. Gunakan api perlahan sahaja.

3. Tuangkan pula 1/2 cawan air. Tutup dengan tudung periuk sehingga pes pecah minyak. Renehkan dengan api perlahan.

4. Masukkan perasa peringkat pertama iaitu ½ keping kecil manisan Kelantan dan ½ sudu teh garam halus.

5. Kemudian masukkan isi ayam yang dicincang kecil. Tutup periuk dengan tudungnya.

6. Biarkan semua bahan mesra dan sebati kira – kira 15 minit dan masak guna api perlahan.

7. Kemudian masukkan 2 senduk santan. Tambahkan juga 1/2 cawan air.

8. Setelah gulai mendidih, masukkan perasa peringkat kedua seperti garam, gula dan perasa mengikut cita rasa masing-masing.

9. Masukkan terung dan lobak merah yang dipotong dadu dan pendek. Biarkan gulai terus mendidih perlahan-lahan menggunakan api perlahan.

10. Biarkan kuah gulai mereneh selama 5 minit kemudian masukkan potongan kacang panjang. Padamkan api. Kuah gulai yang beraroma dan sedap sedia untuk dinikmati.

RESIPI AYAM GORENG KAK VOUGE

BAHAN-BAHAN

  • 3 ketul ayam dicincang kecil
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Sedikit serbuk lada sulah
  • Sedikit secukup rasa

CARA MEMASAK:

1. Ayam dicincang kecil lalu dibersihkan. Toskan sehingga kering.

2. Masukkan bahan-bahan perap di atas.

3. Gaul sebati. Perapkan selama 20 minit untuk masa perapan paling minima.

4. Goreng sehingga ayam kuning keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.

5. Hidangkan nasi bersama ayam goreng, gulai ayam Kak Vouge dan sambal.

RESEPI SAMBAL JANTAN @ SAMBAL KILLER

Sambal pujaan semua. Nak tambah bawang bakar pun boleh.

BAHAN-BAHAN:

  • 1 genggam cili padi merah (dibuang tangkai)
  • 1 inci belacan bakar
  • 1 senduk kecil cuka1 sudu makan garam
  • 3 sudu makan gula
  • 1/3 cawan air masak
  • (Nak gunakan cuka sepenuhnya pun boleh)
  • 1 biji limau kasturi

CARA MEMBUAT:

1.Satukan semua bahan dan kisar sehingga sedikit lumat.

2. Pastikan garam dan gulanya biar berasa bagi mengelakkan sambal cepat berkulat.

3.Hiris bulat kulit limau kasturi untuk menyedapkan lagi rasa sambal.

NOTA:

  • Sambal ini boleh dibuat lebih awal supaya rasanya lebih sedap.
  • Bungkus nasi dalam kertas pembungkus. Sama macam kita makan dekat kedai di Kelantan. Tunggu sekejap. Barulah sedia dinikmati.
  • Kalau makan dalam pinggan tu kurang umpphh.
  • Haa nanti rasailah perbezaan dan kesedapannya. Selamat mencuba.
Tadaa siap! Tak tipu. Sangat sedap! Bolehlah kawan dengan cikgu kalau nak resepi Kelantan yang bessttt. #resepicikguafy

Sumber/Foto : Cikgu Afy Al Habibi 

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles