“Tak Sempat Tengah Hari Dah Licin” – Puding Roti Coklat Milo Kesukaan Anak-Anak

Kebiasaan makanan bercoklat atau milo ini memang disukai oleh anak-anak hatta orang dewasa pun menyukainya. Samalah dengan Puding roti coklat milo ini, teksturnya yang lembut, gabungan rasa milo dan coklatnya apatah lagi dimakan sejuk-sejuk. Sedapnya jangan cakapla..

Jika biasanya kita hanya membuat pusing biasa, apa kata kali ini anda cuba resepi puding roti coklat milo yang dikongsi Iedaa Jahaya ini

RESEPI PUDING ROTI COKLAT

Assalamualaikum hangpa, tak sempat nak tunggu tenghari dah licin.


1 paket agar-agar serbuk bahagi kepada dua. Untuk lapis atas bawah. Loyang 6 inci. Nak guna acuan pun boleh.

BAHAN AGAR-AGAR

  • 1/2paket agar-agar serbuk
  • 450ml air
  • 5sdb susu pekat
  • 70g coklat masakkan

CARA-CARA MEMBUATNYA :

1. Campur dan sebatikan semua bahan dulu sebelum dimasak. Api sederhana, kacau hingga membuak-buak. Tutup api.

2. Ambil 1 sd adunan coklat renjiskan atas loyang dan biarkan seketika.

BAHAN ADUNAN MILO :

  • 1/2paket agar-agar
  • 2sdb milo 1sdk serbuk koko van houten. Bancuh dengan air suam tuang masuk dalam blender
  • 2keping roti potong-potong atau carik je pun boleh
  • 3sdb susu pekat
  • 5sdb gula..kurang manis tambah je lagi
  • 450ml susu cair atau susu segar

CARA MEMBUATNYA :

1. Blend semua bahan. Tapis masuk periuk dan masak hingga mendidih. Tutup api.

2. Tuang kedalam loyang yang dititis adunan coklat tadi

3. Biarkan mengeras sekejap. Baki adunan coklat tadi dimasak kembali supaya mencair.

4. Kacau-kacau hingga adunan mencair.

5. Bila cair tutup api. Tuang perlahan-lahan atas lapisan milo. Masuk dalam peti sejuk

6. Bila dah keras keluarkan perlahan-lahan dari loyang. Potong. Sedia untuk dinikmati.

SIAP

Selamat mencuba

Sumber/Foto: Ieda jahaya via My Resepi

Related articles