Baju putih seperti baju sekolah anak-anak kebiasaannya akan cepat kotor dan menjadi kuning apabila kerap dibasuh. Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan cecair peluntur seperti clorox untuk menghilāng kotorān. Sebagai alternatif, ada ibu-ibu yang menggunakan pewarna nila untuk mengembalikan warna tersebut namun lama kelamaan baju bertukar ‘kelam atau lebam’. Menggunakan sabun atau serbuk pencuci berjenama pula kos nya agak tinggi.
TAK PERLU SENTAL, INI RAHSIA BAJU PUTIH KEKAL PUTIH BERSIH SEPERTI BARU
Perkongsian wanita atau seorang suri rumah ini telah membuktikan bahawa dengan mencuci baju putih sama ada baju sekolah atau baju apa saja yang berwarna putih dengan menggunakan sabun Lux Rose sememangnya sangat berkesan mampu hilangkan kekotorān dengan hasil yang amat memuaskan hati.
Walau bagaimanapun, untuk mencuci dengan cara yang dikongsikan oleh Puan Leena Hassan ini memerlukan sedikit kerajinan daripada meeka yang ingin menggunakan tips yang disampaikannya. Tanpa perlu sental dan hanya guna sabun mandi segala kekotorān yang ada pada baju kotor hilang serta merta.
Mulai sekarang semua ibu yang mencuci baju dengan menggunakan sabun peluntur, campuran pewarna nila dan clorox sebagai cara untuk menghapuskan kekotorān dan memutihkan baju, bolehlah mengabaikan cara ini seketika dan cubalah cara ini dan lihat hasilnya nanti
CARA BASUH BAJU PUTIH MENGGUNAKAN SABUN LUX
Sudah lama saya R&D dengan berbagai jenis formula dan brand sabun untuk menjadikan baju sentiasa putih. Tetapi tidak pernah menjadi. Guna clorox, baju akan jadi kuning. Guna nila, baju akan jadi lebam. Guna Vanish, kos agak tinggi atau agak mahal.
Disebabkan perkara itu, saya bertanya kepada sepupu saya Siti Atirah Sharifuddin yang berkerja sebagai seorang Nurse. Apakah rahsia semua jururawat menjaga pakaian seragam atau uniform mereka untuk sentiasa kelihatan putih bersih?
CARA-CARANYA
Nah, ini dia cara-caranya. Anda boleh mencuba menggunakan cara ini untuk uniform anak-anak sekolah nanti. Senang dan mudah saja untuk membuatnya. Sila ikuti perkongsian ini sehingga ke akhir untuk anda memahami bagaimana untuk cuci atau basuh baju putih guna sabun mandi dengan betul.
LANGKAH 1
Bab ni kena gigih ye…. Parut, parut, parut. Keep stock. Nanti senang, bila nak guna tinggal cedok sahaja.
LANGKAH 2
Buh sabun parut #LUX, buh air, buh sikit sabun debu biasa.
LANGKAH 4
Rendamkan 1 malam. Esoknya, Saya tambahkan sikit sahaja sabun baju biasa… terus on mesin basuh. Tidak perlu sental…
HASILNYA
Tadaaa… Putih sangat.
Ramai ibu-ibu yang sudah mencuba.. hasilnya memang menjadi
RENDAM SEKEJAP JE, MEMANG BERKESAN.. BERSIH JA..
TAK PERLU RENDAM, MEMANG NAMPAK BAJU SEKOLAH PUTIH DAN BERSIH
MEMANG BERHASIL DAN JIMAT
BETUL-BETUL BAJU BERSIH DAN PUTIH
APA JENAMA SABUN PUN BOLEH, BAGUS JUGA UNTUK PAKAIAN BERWARNA
DAKI KUNING KAT KOLAR SEMUA BACK TO COLOUR ASAL
Menarik kan, jadi ibu-ibu boleh mencuba petua ini untuk pastikan pakaian bewarna putih seperti baju sekolah, pakaian kerja agar tidak berubah warna dan sentiasa putih dan bersih.
Selamat Mencuba!
Sumber/Foto : Leena Hassan