Tak Perlu Rendam & Sental. Ini Cara Mudah Cuci Kain Lap Dapur. Confrim Bersih & Wangi!

Menjadi kebiasaan bagi setiap orang menggunakan kain lap atau kain buruk di rumah khususnya dibahagian dapur terutamanya ketika memasak. Maklum lah nak digunakan untuk lap tumpahan minyak, sisa-sisa kotoran didapur dan sebagainya. Jadi nak membasuh dan membersihkannya juga agak melecehkan.

Terkadang dah menyental pun masih berminyak dan berbau. Jadi Pelbagai tips dan petua anda boleh gunakan untuk membersihkan segala kotoron yang ada pada kain lap dapur anda.

Antara cara yang mudah dan berkesan yang boleh anda cuba ada lah seperti yang dikongsikan oleh Ellie Haji Darus yang juga seorang guru kelas masakan.

Menariknya cara yang dikongsikan tidak perlu merendam atau memberus kain kotor itu tapi hasilnya kain bersih dan wangi. Bagaimana caranya. Mari ikuti perkongsian beliau di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Wanita Ini Kongsi 8 Pesanan Mak Supaya Rumah Sentiasa Kemas & Bersih

CARA PALING MIDAH CUCI KAIN LAP DAPUR, CONFRIM BERSIH & WANGI

Cuci kain ‘buruk’.. Ettah napa ya panggil kain buruk, Ok laaa., kain lap sedap sikit bunyi nya kan

Setiap hari kita guna paling tak 1-2 helai kain lap kan. Yang buat baking lagi la kadang 5 helai sehari!
Amboiii besar betul production. Takpe.. dream big!

Dan biasa bila kain dah kotor kita masuk dalam baldi, Bubuh (letak) sabun dan air.. biar rendam semalaman.

Kadang jadi 2 malam.

Kadang 3 malam.

Kadang tambah bermalam-malam

Tak cuci-cuci gak.. takdan ek… Sampai berbau dan berlendir!

INI CARA ELLIE – SENANG & CEPAT

Cuci setiap hari tau. Tiap petang wajib cuci.

1. Sedia kan sebiji periuk khas. Beli kat kedai Eco pun bole je

2. Masukkan air dan sabun pencuci, Ellie suka pakai sabun serbuk kain. Lepas tu tambah sikit soda. Kacau-kacau sebatikan

3. Pastu masak (rebus) atas dapur. Masukkan kain lap tadi tu. Rebus laa dalam 10 minit. Ellie siap pakai timer, takut lupa. Sesambil kita cuci-cuci sinki ke… Kemas-kemas dapur ke.

4. Cukup 10 minit tutup api dapur, angkat dan curah ke sinki. (Air panas tu masuk ke saluran ‘longkang sinki kasi bersihkan juga tu.. haaaa elok!)

5. Buka air paip, bilas dan amik berus.. berus kain tu manja-manja cukup dah.

6. Boleh la bilas, perah dan sidai. Bila dah kering confrim kain lap bersih dan wangi.

Senang dan cepat kan! Selamat beramal

#tipsmencuci

Sumber/Foto : Ellie Haji Darus 

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik


Viral Malaysia Ku

Related articles