Tak Perlu Jemur, Ini Cara Buat Udang Kering Homemade Guna Oven!

Udang kering antara ramuan penting yang digunakan di dalam sesetengah masakan dan hidangan.

Kebiasaanya udang kering ini dibeli oleh pengguna, jika bagi mereka yang ragu akan kebersihan misalnya akan membuatnya sendiri. Bila buat sendiri barulah yakin dengan kebersihan dan halalnya.

Jika anda ingin buat sendiri, boleh ikuti caranya yang dikongsi oleh Suhaila Ishak di bawah. Tak perlu susah-suah jemur ditengah panas, hanya perlu gunakan ketuhar saja

BACA JUGA : Kekal Segar Hingga 6 Bulan, Ini Tips Simpan Udang ‘Fresh’ Supaya Kekal Segar Macam Baru Naik Dari Laut

UDANG KERING HOMEMADE

Mari buat udang kering sendiri. Di jamin bersih lagi halal. Sudah lama saya tak beli udang kering. Ragu dengan kebersihannya.

BAHAN-BAHAN :

  • Udang laut berkulit keras
  • Garam
  • Sedikit air

CARA-CARA :

1. Rebus udang dengan sedikit air bercampur garam. Masak sampai kering air. Ia bertujuan untuk kekalkan manis udang tu.

udang kering homemade

2. Lepas rebus, udang tadi boleh dijemur untuk keringkannya. Jika cuaca panas, sehari pun dah kering.

3. Jika susah nak jemur panas, boleh masukkan dalam ketuhar. Guna suhu 150°C, bakar sampai kering. Anggaran masa dalam 20 minit.

4. Bila udang tadi dah betul-betul kering, masukkan dalam plastik. Ramas-ramas untuk asingkan isi dengan kulit.

udang kering homemade

5. Inilah hasilnya. Makan macam tu sahaja pun sedap.

udang kering homemade

6. Simpan udang dalam balang kedap udara dan boleh digunakan pada bila-bila masa.

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Suhaila Ishak

Related articles