Asslamualaikum Selamat Tengahari. Saya nak share resepi Air Balang “Ais Lemon Pudina & Ais Lemon Pudina Laici Asam Boi” sebelum ni saya dah pernah share tahun lepas dan sekali lagi saya share ye
Saya halalkan resepi saya ni yang tak seberapa..
Sesuai untuk jual di bazar?
Insyallah laku keras habis setiap hari?
Yang pasti sedapp freshh, boleh ketagih bila minum tak mau dah air lain?
Sukatan untuk 1 Balang Air
Daun pudina RM2.00
Lemon 4 biji
Sunquick 100g
Serbuk Asam Knor 100g
Air Gula 1 liter
Cara-Cara Membuatnya :
1. Kisar 3 Biji lemon dengan 2liter air, amik air sahaja hampas buang masuk dalam bekas air.. Masukkan 1 liter Air gula.
2. Sunquick Dan serbuk asam knor masukkan sekali 1liter air panas . Kacau-kacau masukan dalam bekas air lemon tadi
3. Masukkan air batu ,pati air lemon, Masuk air masak agak-agak jer , 1biji hiris lemon, daun pudina.. Kacau-kacau siappp untuk minum .
Nota!
- Kalau nak buat banyak gandakan shja
- Kalau nak buat banyak pastikan kene tapis banyak 2@3 kali.
- Boleh simpan dalam freezer pati air lemon ni.
- Boleh pelbagai kan jenis buahan tin @ fresh ikut citarasa sendiri.
Tahun ni kami tak ada rezeki nak jual bazar. Doakan saya ada rezeki tahun akan datang ye ?.. Selalu saya dan abang saya yang handle bazar ,tapi tahun ni tak?..
Berkali-kali saya ajak dia suruh amik borang bazar Tapi cuma dia cakap “Tak Nak” 2 perkataan tu dia cakap, dalam hati saya sedih lah jugak hehe baru ku tahu kenapa?. Allah lebih sayangkan kamu .
Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukannya.. Al-Fatihah buat abang ku Mohammad Firdaus Bin kamaluddin Semoga kau tenang Disana Bersama Bidadari Syurga & Mak…
Permergian kamu nak sambut puasa, Arwah mak nak sambut raya setelah 20 tahun yang lalu. Rindu tiada penhujung?. Perkara yang sama berlaku cuma berbeza .. Al-Fatihah ..
Salam Ramadhan kepada semua rakan-rakan dan keluarga yg mengenali saya.Maafkan segala khilaf dan salah sepanjang perkenalan kita.. Semoga segala amal dan ibadah kita sepanjang Ramadhan diberkati dan di redhai oleh Allah swt… ?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @viralmalaysiaku
Sumber : Facebook Nur Hanisah Kamaluddin