Tak Mampu Beli, Suami Ini Buat Sendiri Almari ‘Grand’ Untuk Isteri. Besar Sungguh!

Almari atau pun tempat menyimpan pakaian merupakan satu perabot yang penting khususnya buat mereka bergelar ibu atau isteri. Semakin luas semakin mudah untuk menyimpan. Macam-macam boleh letak.

Tapi kalau nak upah orang buatkan memang perlukan modal yang banyak. Namun jika ada sedikit kemahiran bertukang boleh buat seperti apa yang dilakukan oleh Tuan Izuan Che Ibrahim ini untuk isterinya. DIY saja.

Almari atau walking closet sebesar 7 x 8 kaki ini menurutnya hanya modalnya lebih kurang RM800 sahaja. Senyum lebar isteri kalau dapat almari macam ni.

RUANG ASAL

Kanda nak beli almari baju untuk Dinda tak mampu…Tapi Kanda mampu buat…Sekian Terima Kasih…

Pasang round bar bracket & railing untuk letak shelf. Boleh beli di Shopee.

Pasang plywood untuk rak.

Buat rangka guna kayu saiz 1×2.

Tampal MDF board, beli di Shopee.

Tampal papan shiplap.

DIY pintu almari

DIY pintu ala barn door. Guna kayu pine 1×2 dan playwood nipis 4mm. Tampal MDF board.

Pasang railing untuk barn door dan cat ikut cita rasa. Klik SINI untuk beli railing barn door.

HASILANYA

Besar sungguh macam-macam boleh letak. Puas hati, lagi pula buat sendiri. Modal lebih kurang RM800.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Sumber : Izuan Che Ibrahim via My Team Network

Related articles