‘Tajribah’ – Amalan Doa Bagi Mempermudahkan Segala Urusan

Tajribah bermaksud pengalaman dan percubaan yang dilalui oleh para ulama. Pengalaman ini disampaikan kepada para muridnya dan mereka menyakini ia tidaklah termasuk dalam perkara dite-gah dalam agama.

Dalam rancangan televisyen “Wallahu A’lam”, Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah -hafizahullahu Ta’ala- telah ditanya oleh hos rancangan tersebut : “Apakah doa bagi mempermudahkan segala urusan?”

Mawlana al-Imam Dr. Ali Jum’ah hafizahullahu Ta’ala

Maka, jawab Mawlana al-Imam :

“Amalan yang saya terima dari para guru saya adalah membaca Surah al-Inshirah (أَلَمْ نَشْرَحْ لَكَ صَدْرَكَ) sebanyak 40× dan setiap bacaannya didahului dengan Basmalah ( بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ ) .

Mungkin akan timbul persoalan setelah itu, dari mana datang amalan ini? Adakah ia warid dari al-Qur’an mahupun al-Sunnah?

Sudah tentu jawapan bagi soalan tersebut : “Amalan ini tidak warid dari mana-mana nas secara langsung sama ada dari nas al-Qur’an mahupun nas al-Sunnah”.

Jadi, amalan ini datang dari mana? Jawapannya adalah : “Amalan ini terhasil dari pengalaman (tajribah) para ulamak Islam.”

Mungkin akan muncul pula soalan lain : “Adakah kita boleh mengamalkan sesuatu pengalaman dari individu lain sebagai jalan ikhtiyar?”

Jawapannya, “Ya! sudah tentu kita boleh mengambilnya sebagai jalan ikhtiyar”.

Perkara ini tidak bertentangan dengan syara’ dan ia termasuk di bawah dalil umum yang diriwayatkan oleh Imam al-Muslim dalam kitab Sahihnya; Sahih Muslim)

مَنِ اسْتَطَاعَ مِنكُم أَنْ يَنْفَعَ أَخَاهُ فَلْيَفْعَلْ

“Barangsiapa di antara kamu yang mampu memberi manfaat kepada saudaranya, (maka) hendaklah dia melakukannya”.

Peratusan untuk berjaya dan qabul selepas mengamalkan bacaan ini adalah sekitar 60% atau 70%.

Namun, sekiranya ditanya lagi, bagaimana pula kalau sudah mengamalkan, namun hasilnya tidak seperti yang dipinta?

Jawapannya : “Sekurang-kurangnya kamu sedang beribadat! Bukankah kamu telah membaca salah satu dari ayat-ayat suci-Nya? Jadi, kamu telah melakukan kebaikan, ia tidak merugikan apa-apa pun kepada diri kamu.
Namun begitu, pengamalan ini perlu diiringi dengan satu syarat iaitu kamu meyakini melalui amalan dan bacaan yang mulia ini, hanya Allah سبحانه و تعالى jualah yang akan mempermudahkan segala urusan kamu. Dengan demikian, akan bertambah juga nilai keimanan kamu terhadap-Nya”.”

Rujukan Terjemahan :

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Sumber : Mutarjim Al-Imam
Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles