Susah, Sesak & Masalah Kewangan? Amalkan Doa Nabi صلى الله عليه Ini

SUSAH, SESAK DAN MISKIN? AMALKAN DOA NABI صلى الله عليه INI

Saban hari kita dengar berbagai kisah-kisah kēpērītān dan kēsusāhān rakyat yang terjejas akibat pāndēmik CŌVĪD 19 yang berkemungkinan akan berlanjutan lebih lama. Perlu kita sadar dan ingat walau bagaimana sukar sekalipun, jagalah diri serta ahli keluarga kita daripada terlibat dengan perkara-perkara hārīm seperti rībā apatah lagi terlintas untuk mengakhiri hidup dengan jalan būnūh diri. Wal ‘iyadzubillāh, ‘dan moga Allah سبحانه و تعالى jauhkan daripadanya (benda yang nak dijauhi tu​).

Amalkan doa Nabi صلى الله عليه ini yang punyai kisah tersendiri :

عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ مُكَاتَبًا جَاءَهُ فَقَالَ إِنِّي قَدْ عَجَزْتُ عَنْ كِتَابَتِي فَأَعِنِّي قَالَ أَلَا أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ عَلَّمَنِيهِنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ كَانَ عَلَيْكَ مِثْلُ جَبَلِ صِيرٍ دَيْنًا أَدَّاهُ اللَّهُ عَنْكَ قَالَ قُلْ اللَّهُمَّ اكْفِنِي بِحَلَالِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَأَغْنِنِي بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ

Maksudnya : Ali رضي الله عنه menceritakan seorang hamba Makatib (hāmbā yang mahu mēnēbus diri daripada tuannya dengan jumlah harta tertentu) datang bertemunya dan mengadu:

“Aku tak mampu (mencari harta untuk) mēnēbus diriku, maka bantulah aku!”

Ali رضي الله عنه berkata: “Mahukah aku ajar padamu beberapa patah perkataan (doa) yang pernah Rasulullah صلى الله عليه ajarkan padaku, yang mana jika kamu miliki hūtāng sebesar bukit Sir (sebuah bukit di Yaman berhampiran perkampungan kabilah Tay’) Allah pasti akan selesaikannya.

Bacalah! – YA ALLAH CUKUPKAN AKU DENGAN (REZEKI-MU) YANG HALAL BERBANDING HARTA YANG HĀRĀM (PADA SISI-MU) DAN CUKUPKAN BAGIKU DENGAN KURNIAAN-MU YANG (LUAS, HALAL DAN BERSIH) BERBANDING YANG SELAIN-MU (tidak mengharap bantuan kepada selain dari Allah سبحانه و تعالى) (Sunan al-Tirmidhi, 3486).

YA ALLAH CUKUPKAN AKU DENGAN (REZEKI-MU) YANG HALAL BERBANDING HARTA YANG HĀRĀM (PADA SISI-MU) DAN CUKUPKAN BAGIKU DENGAN KURNIAAN-MU YANG (LUAS, HALAL DAN BERSIH) BERBANDING YANG SELAIN-MU

Elakkan yang hārām terutama sekali urusan hūtang yang melibatkan rībā kerana ia dosā besar yang diancam pērāng oleh Allah سبحانه و تعالى dan Rasulullah صلى الله عليه sendiri.

Firman Alllah سبحانه و تعالى di dalam Al-Quran :

فَإِن لَّمْ تَفْعَلُواْ فَأْذَنُواْ بِحَرْبٍ مِّنَ اللّهِ وَرَسُولِهِ وَإِن تُبْتُمْ فَلَكُمْ رُؤُوسُ أَمْوَالِكُمْ لاَ تَظْلِمُونَ وَلاَ تُظْلَمُونَ

Maksudnya : Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai lārāngān rībā itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya pēpērāngan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zālīm kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizālīmī oleh sesiapa. (Surah al-Baqarah 2:279)

Permudahkanlah urusan umat ini Ya Allah, sesunguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha pengasih lagi Maha penyayang. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan-Mu ya Allah.. ya Rabbal alamin

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

> Viral Malaysia Ku <

Related articles