Surah Ak-Ikhlas, Ganjaran Syurga Kepada Pengamalnya. Ini Caranya Mengamalkannya

Al-Qur’an dari sudut bahasa adalah bacaan atau sesuatu yang dibaca berulang-ulang. Menurut Imam al-Ghazali mendefinisikan al-Qur’an sebagai: “Kitab yang diturunkan ke atas Rasulullah iaitu Muhammad صلى الله عليه , yang tertulis di dalam mushaf, dinukilkan kepada kita daripada baginda secara mutawatir tanpa ada sebarang kera-guan.”

Di dalam Al-Qur’an terdapat satu surah dinamakan Surah Al-Ikhlaṣ (الإخلاص‎) yang bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد‎) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah سبحانه وتعالىٰ serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan ke-esaan Allah سبحانه وتعالىٰ‎ .

USAHAKAN JANGAN TINGGAL BACA SURAH AL-IKHLAS SETIAP HARI

Para pembaca sekali, surah Al-Ikhlas ini hanya mempunyai 4 ayat pendek sahaja yang boleh dikatakan hampir semua orang menghafalnya. Namun berapa ramai diantara kita yang membacanya setiap hari?

Mulai hari ini kita niat dan azamkan diri kita untuk jaga setiap hari baca Qulhuwallahu ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 10 kali setiap hari, dapat apa?

Dapat rumah di dalam Syurga Allah seperti yang disebutkan di dala Hadis Sahih.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

“Barangsiapa yang membaca “Qulhuwallahu ahad” sepuluh kali, Allah akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” – (Hadis Riwayat al-Tabarani, No. 397)

Bahkan, ada riwayat yang sahih, ketika ditanya oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم , mengapa kamu suka baca dan mengulangi?

Kata beliau, aku suka surah ini kerana membahaskan sifat Allah سبحانه وتعالىٰ‎

Rasulullah صلى الله عليه bersabda : ‘Percin(taan)mu terhadap surah ini, menjaminmu masuk syurga..’

Allahuakhbar, makanya mulai hari ini amalannya 10 kali baca Qulhuwallahu ahad (Surah Al-Ikhlas) setiap hari.

Tidak harus baca dimasjid, ketika berjalan boleh, ketika dalam kenderaan, memandu, jalan kaki, dimana pun kita berada BACA

Selain itu terdapat fadilat-fadilat yang sahih berkenaan surah al-Ikhlas:

#1 – Allah سبحان و تعالىٰ Mencintai Orang Yang Mencintai Surah al-Ikhlas

Daripada Aisyah رضی اللہ عنھا:

“Sesungguhnya Nabi صلى الله عليه وسلم mengutus seseorang kepada sekelompok pasukan, dan ketika orang itu mengimami sahaba-sahabatnya yang lainnya di dalam solat mereka dan beliau mengakhiri bacaannya dengan قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ, maka apabila mereka pulang, mereka menceritakan hal itu kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, lalu Baginda pun bersabda: “Tanyalah beliau, mengapa beliau berbuat demikian?” Lalu mereka bertanya kepadanya. Beliau pun menjawab: “Kerana surat ini (mengandung) sifat al-Rahman, dan aku mencintai membaca surah ini,” lalu Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Beritahu beliau, sesungguhnya Allah pun mencintainya” 

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (7375)

#2 – Al-Ikhlas Bersamaan Sepertiga Al-Quran

Daripada Abu Sa`id al-Khudri رضي الله عنه:

“Sesungguhnya seseorang mendengar orang lain membaca قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ dengan berulang kali, lalu dia datang bertemu Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan menceritakan hal itu kepadanya, dan seolah-olah orang itu menganggap remeh surah itu, maka bersabdalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya, sesungguhnya surat itu sebanding dengan sepertiga al Qur`an.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari (5013)

#3 – Surah Al-Ikhlas Penyebab Masuk Syurga

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه :

Aku datang bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu aku dengar seorang lelaki membaca قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ. Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Telah wajib.” Aku bertanya: “Apa yang telah menjadi wajib?”. Kata Baginda: “Syurga (baginya).”

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunan (2897). Beliau berkata: “Hadis hasan sahih gharib.”

والله أعلمُ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

Related articles