Supaya Daun Pokok Kunyit Lebar Dan Subur, Caranya Letak Pokok Bawah Tempat Teduh Begini

Pokok kunyit memang terkenal khususnya dalam masakan. Oleh sebab itu ramai dalam kalangan kita yang menanamnya dirumah. Namun terkadang pokok kunyit yang ditanam tidak seperti yang diimpikan. Banyak rungutan yang dikongsikan iaitu pokok kunyit daunnya kuning, lalu kemudian mati.

Jika ada berdepan dengan masalah ini, anda boleh ikuti perkongsian oleh Alin Lin ini. Beliau telah menanam puluhan pokok kunyit dikediamannya dan hampir keseluruhannya subur dan daun yang lebar. Lihatlah pokok kunyit yang ditanamnya ini.

Perkongsian ini adalah daripada pengalaman beliau sendiri.

TIPS UNTUK DAPATKAN DAUN KUNYIT YANG LEBAR DAN CANTIK

Assalamualaikum sahabat.

Nak cerita cara saya tanam kunyit sebab ada jumpa beberapa post yang kunyitnya kering layu dan mati.
Saya juga baru je belajar menanam guna Polly Beg ni baru sangta dalam 4-5 bulan lebih kurang.

Senang cerita kunyit suka sejuk maksudnya redup kalau bawah matahari terus tanpa hujan kurang siram tanah kering dia akan kuning. Ini pengalaman saya tanam atas tanah yang terdedah matahari, pokok jarak-jarak dan tak rapat serta tida perlindungan. Kawasan matahari petang memang terik. Kalau matahari pagi ok lagi dia mampu bertahan tapi agak terbakar hujung-hujung la tak la teruk sangat. Daun masih boleh guna.

Saya pindah dalam polly beg letak tepi rumah, teduh pokok rambutan. Tempat ni memag sejuk dan matahari pagi. Daun lebih lebar daun lebih hijau dan saya hanya guna baja urea kalau ada nasi basi saya letak sikit-sikit je kat tanah dia pas tu gembur-gemburkan.

TANAH YANG SAYA GUNAKAN :

  • Sekam Bakar
  • Sabut Kelapa Halus (cocopaet)

Nisbah 3 cocopaet 1 sekam bakar

Alhamdulillah Dari 3-4 pokok kini saya mendapat 37 pokok

Guna cocopaet ni sebenarnya senang. Say apun baru tahu, kita tak perlu siram selalu sebab tanahnya memang sentiasa lembab dan bila musim hujan dia tak terlalu terendam air. Dan dia tak akan mampat so akar senang bercambah pokok jadi besar daun pun besar-besar geram tengok. Sukanyaaaaa …

Ok lagi satu dalam 10 pokok yang kita tanam mesti ada salah satunya layu bantut dan mati. Jadi saya korek isinya dan lihat masih cantik keras tak membusuk. Jadi saya biarkan saja alhamdulillah dah keluar tunas baru.

Jika ada pokok anda yang layu dan mati, semua daun potong je.. batang dia insyaallah dia akan tumbuh semula kalau isinya tidak membusuk.

Jika isinya membusuk baik buang je. Gemburkan tanah, jika tanah dah mengeras eloknya tukar tanah jika tak sesuai

Jika kita lihat bagaimana org tanam kunyit berskala besar berekar-ekar tapi cantik dan subur walaupun terdedah pancaran matahari pada pandangan sy sebab ia rapat dan tanahnya lembab tak terlalu kering. Pembajaan yang bagus kerana mereka memang pakar. Tanah bersesuaian, tanah gembur dan parairan yang bagus.

Puas juga saya cuba cari di YouTube mencari bagaimana menanam kunyit tapi semua menunjukkan cara menanamnya sahaja, tapi tidak cara perawatan dan kawasan yang sesuai. Susah sebenarnya mendapatkan ilmu jika tidak ada yang ajar, apa yang saya dapat semua dari pengalaman sendiri. Belajar dari kesilapan dan usaha sampai dapat.

Sekian ulasan saya yang panjang lebar ni..  Selamat Mencuba.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku


Oleh : Viral Malaysiaku
Sumber/Foto : Alin Lin via Vanilla Kismis

Related articles