Sup Tepung, Menu Sarapan Pagi Atau Malam Yang Sangat Sedap & Berkhasiat

Mungkin ada diantara kita yang tidak pernah dengar menu hidangan sup tepung ini kan? Jika belum pernah rasa anda perlu cuba rasainya. Rasanya sangat lembut, sedap dan sangat ringan bila dimakan. Amat sesuai buat orang yang kurang sihat dan tiada selera makan.

Mari kita ikuti perkongsian resepi oleh Joriah Jue ini. Ada kisah disebalik antara makan favourite keluarganya ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Resepi Sup Telur Chinese Style Ala Hotel, Hirup Panas- Panas Memang Layan Beb!

RESEPI SUP TEPUNG

Dulu masa kecil-kecik, saya selalu bermain di rumah jiran cina india di Felda Bukit Rokan. Antara makanan mereka yang masih kekal dengan saya hingga kini SUP TEPUNG.

Alhamdulillah jadi favourite family. Hari ni buat sarapan, boleh juga buat makan malam. Berkhasiat, sedap, lembut dan mengenyangkan sesuai untuk orang sakit, org tua dan kanak-kanak.

Bahan paling mudah dan murah. Budak-budak asrama pun boleh masak dalam rice cooker. Cubalah sendiri

BAHAN-BAHAN :

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 biji bawang putih
  • 4 biji bawang merah
  • 3 sudu ikan bilis
  • Seikat sawi (sawi kampung lagi best)
  • Minyak untuk menumis
  • Garam secukupnya

CARA MEMASAK :

1. uli tepung + sedikit garam + air hingga lembut dan tak melekat pada tangan.

2. Mayang bawang putih dan merah dan tumis bersama ikan bilis hingga kekuningan.

3. Masukkan air 1 liter. Biarkan rendidih.

4. Dalam masa yang sama, cubit tepung secubit, terikkan guna dua-dua tangan, hingga jadi sekeping nipis.

Masukkankan dalam periuk. Buat hingga tepung habis. Biar mengelegak sekejap, agar tepung masak.


5. Sawi dihiris, basuh, tos. Masukkan dalam periuk. Letak garam secukup rasa. Saya tak guna sebarang perisa lain.

6. Ikut suka, keempukan sawi. Tutup api, sedia dimakan.

Sumber/Foto : Joriah Jue

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles