Sultan Selangor Perkenan Bubar DUN Jumaat Ini Untuk Laluan Kepada PRN

DEWAN Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibubarkan pada Jumaat (23 Jun).

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN),

DUN Selangor bubar

ADVERTISEMENT

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pada pagi ini menghadap Sultan Sharafuddin di Istana Alam Shah, Klang, bagi mendapat perkenan untuk pembubaran DUN.

Speaker DUN, Ng Suee Lim akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai pembubaran penggal ke-14 DUN Selangor.

Pilihan Raya Negeri (PRN) mesti diadakan selewat-lewatnya pada 23 Ogos, iaitu dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran.

Dengan pengisytiharan pembubaran itu, semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan dikosongkan.

ADVERTISEMENT

Jawatan Exco Selangor juga akan dibubarkan dan Amirudin akan memegang jawatan sebagai menteri besar sementara.

Selangor antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu – The Star

ADVERTISEMENT

Sumber : mStar

ADVERTISEMENT

Related articles