SubhanaAllāh, Inilah Kemuliaan Dan Kelebihan Hari Arafah Yang Perlu Kita Tahu Dan Rebut

Dalam Sahih Bukhari dan Muslim, daripada Saidina Umar bin al-Khattab رضي الله عنه , terdapat seorang lelaki dalam kalangan Yahūdī berkata kepadanya,

”Wahai pemimpin orang yang beriman! Terdapat ayat dalam kitab kamu yang jika diturunkan kepada kami orang Yahūdī, sudahtentu kami akan jadikannya sebagai hari raya kami.”

Saidina Umar رضي الله عنه bertanya, “Ayat yang mana satu?”

Dia menjawab

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّـهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: ‘Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelāparan (memakan benda-benda yang diharāmkan ) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dōsa ( maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ma’idah: 3)

Saidina Umar رضي الله عنه berkata lagi, ”Sesungguhnya aku mengetahui hari dan tempat yang telah diturunkan tentangnya iaitu ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم berdiri di Arafah pada hari Jumaat.” (Diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Ibnu Abbas رضي الله عنهما dan seumpamanya, beliau telah berkata ,”Ia telah diturunkan pada dua hari raya; hari Jumaat dan juga pada hari Arafah.”)

HARI ARAFAH DAN KEMULIAANNYA – MAKLUMAT TENTANG HARI ARAFAH

TEMPAT PERTAMA BAGI MANUSIA

Ini ialah yang dinaqalkan oleh Ibnul Jauzi berkaitan perjanjian pertama manusia berdasarkan firman Allah:

‎(وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِیۤ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّیَّتَهُمۡ وَأَشۡهَدَهُمۡ عَلَىٰۤ أَنفُسِهِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡۖ قَالُوا۟ بَلَىٰ شَهِدۡنَاۤۚ )
[Surah Al-A’raf 172]

Beliau menafsirkan bahawa perjanjian itu berlaku di padang Arafah, iaitu Wadi Nu’man. Kerana itulah tempat ini dirindui oleh ramai manusia , ini kerana jiwa manusia mencintai bumi yang pertama.

Di dalam Hasyiah Baijuri dinyatakan beberapa sebab dinamakan Hari Arafah (mengetahui):

  • Apabila baginda Nabi Ibrahim عليه السلام  diceritakan tentang ibadah haji, maka baginda mengetahuinya (عرفه)
  • atau malaikat Jibril عليه السلام  mengelilingi Masyair , apabila melihatnya lalu berkata قد عرفت (aku telah mengetahui)
  • atau Nabi Adam عليه السلام  dan Sayyidatuna Hawwa berkenalan (تعارفا) di situ
  • atau manusia saling berkenalan disitu

Sebahagian menyatakan sebab dinamakan juga kerana manusia اعترف بذنوبهم (manusia mengakui akan dōsa-dōsa) mereka pada hari tersebut

KELEBIHAN HARI ARAFAH 

HARI YANG ALLAH سبحانه و تعالى‎ BERSUMPAH PADANYA

Sabda baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم berkaitan Firman AllaH سبحانه و تعالى‎ :

‎(وَشَاهِدࣲ وَمَشۡهُودࣲ)

Lalu baginda berkata:
‎شاهد : Hari Jumaat
‎مشهود : Hari Arafah

KELEBIHAN BAGI YANG BERPUASA PADA HARI ARAFAH (dan ini sunat bagi mereka yang tidak berwukuf di Arafah):

Diampunkan dosā selama 2 tahun

صيامُ يومِ عرفةَ، أَحتسبُ على اللهِ أن يُكفِّرَ السنةَ التي قبلَه والسنةَ التي بعده

“Puasa pada hari Arafah, aku berharap Allah akan mengampunkan dosā tahun terdahulu dan dosā selepas daripadanya.” (Sahih Muslim)

Imam Al-Baihaqi رحمه الله dalam bab ini kemudian melanjutkan perbahasan

Seumpama puasa selama 1000 hari

عن الوليد بن مسلم فقال في الحديث. كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: صيام عرفه كصيام ألف يوم

Kelebihan hari Arafah digandakan 10000 kali ganda, sedangkan hari lain dalam sepuluh hari pertama Zulhijjah ialah 1000

عن انس بن مالك قال: كان يقال في أيام العشر كل يوم الف يوم ويوم عرفة عشرة الآف، قال : يعني في الفضل

Diterangkan bahawa kelebihan ini berbeza mengikut keadaan orang berpuasa pada tahap ikhlas, penjagaan diri. Semakin menjaga diri dan kuat keyakinan (akan kelebihan), maka puasanya semakin banyak pahala.

Ini semua adalah galakan berpuasa walaupun tidak dibincangkan mendalam pada darjat hadis.

HARI PALING BANYAK ALLAH سبحانه و تعالى‎ BEBASKAN HAMBA-HAMBANYA DARIPADA APĪ NERAKĀ

ما من يوم أكثر من أن يعتق الله فيه عبدا من النار من يوم عرفة، وإنه ليدنو ثم يباهي بهم الملائكة فيقول: ما أراد هؤلاء؟

“Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya dari nerakā seperti Hari Arafah. Pada hari tersebut Allah mendekati mereka dan berbangga dengan mereka (hamba-hambanya) di sisi malaikat dan berkata: Apa yang mereka mahukan?” (Sahih Muslim)

Moga kita termasuk mereka yang dibebaskan dari apī nerāka.

وفي رواية: انظروا إلى عبادي جاءوني شعثا غبرا ، أشهدكم أني قد غفرت لهم

Dalam riwayat lain:
“Lihatlah (para malaikat) kepada hamba-hambaKu mereka datang kepadaKu dalam keadaan kūsut masaī dan kepala berdebu, saksikanlah sesungguhnya aku telah mengampunkan dōsa mereka”

[Adalah kelebihan ini hanya dapat kepada orang yang berwukuf di padang Arafah sahaja? ]

Tidak, kata para ulama seluruh manusia juga mendapat peluang diampunkan dōsa disebabkan keagungan hari tersebut.

SYAĪTAN MENJADI HĪNA DAN MĀRAH

مَا رُئِيَ الشَّيْطَانُ يَوْمًا، هُوَ فِيهِ أَصْغَرُ وَلَا أَدْحَرُ وَلَا أَحْقَرُ وَلَا أَغْيَظُ مِنْهُ فِي يَوْمِ عَرَفَةَ. وَمَا ذَاكَ إِلَّا لِمَا رَأَى مِنْ تَنَزُّلِ الرَّحْمَةِ، وَتَجَاوُزِ اللَّهِ عَنِ الذُّنُوبِ ، الا ما رأى يوم بدر

“Tidaklah dilihat syaĪtan pada suatu yang menjadi paling kecil, paling jauh, paling hīna dan paling mārah lebih dari hari Arafah. Ini kerana ia melihat akan rahmat Allah yang diturunkan dan Allah mengampuni dōsa-dōsa, melainkan apa yang dilihat pada perang Badar”

PUASA HARI ARAFAH : TATA CARA, NIAT, AMALAN DAN KEUTAMAAN

???????????????????? ???????????????? ????????????????????????
( 9 Zulhijjah )

Puasa Hari Arafah ialah puasa pada hari ke 9 Zulhijjah yang disunatkan bagi mereka yang tidak melakukan ibadah haji.

Berpuasa Sunat Arafah dapat menghasilkan ganjaran pahala yang sangat besar.

NIAT PUASA ARAFAH

نَوَيْتُ صَوْمَ الْعَرْفَةَ سُنَّةً لِلِّهِ تَعَالَى

(nawaitu sauma arafah sunnatan Lillahi Ta’ala)

Sahaja aku puasa sunat Arafah kerana Allah سبحانه و تعالى‎ .

AMALAN ZIKIR

لَا إِلهَ إِلَّا اللهُ وَحدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، لَهُ المُلكُ وَلَهُ الحَمدُ يُحيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيءٍ قَدِير

Laa ilaha illallahu Wahdahu Laa Syarikalah, Lahul Mulku Walahul Hamdu Yuhyi Wayumitu Wahuwa A’la Kulli Syai’in Qadirr

Sebaik-baik doa adalah yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan adalah ucapan Nabi-nabi sebelumku iaitu, “Tiada tuhan yg berhak disembah melainkan Allah yang Esa, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu.” ( Hadis Riwayat Imam Tirmizi )

Maka esok (9 Zulhijah atau Hari Arafah) adalah hari terbaik pada tahun ini.
Hari yang hanya satu dalam setahun. Kita tidak akan mendapatkan peluang berjumpa dengannya pada lain masa melainkan jika Allah سبحانه و تعالى‎ panjangkan usia hingga tahun hadapan.

Justeru jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pasang niat untuk berpuasa pada esok hari.

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

“Puasa Hari Arafah, aku harapkan daripada Allah, akan menghapuskan dōsa tahun yang sebelum dan tahun yang selepasnya.” (Sahih Muslim)

Dōsa tahun sebelum hari Arafah iaitu tahun ini. Dōsa tahun selepas hari Arafah iaitu tahun yang bermula dengan 1 Muharram pada bulan hadapan.

Satu lagi ibadah yang disunatkan pada esok hari ialah melaungkan takbir selepas setiap solat fardu sama ada secara bersendirian ataupun berjamaah. Ibadah ini bermula pada selepas solat subuh pada hari Arafah dan berakhir selepas solat Asar pada hari Tasyriq terakhir (13 zulhijah).

Semoga Allah سبحانه و تعالى‎ terima amal ibadah kita

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles