STR Fasa 4 : Tarikh & Jumlah Bayaran Akan Dikreditkan Sehingga RM1,200

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif oleh pihak kerajaan di bawah konsep Payung Rahmah bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

STR akan membantu meringankan beban sara hidup 8.7 juta penerima dengan peruntukan disediakan hampir RM8 bilio yang melibatkan penerima isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.

Selain itu, kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.

Bayaran STR akan disalurkan 4 kali setahun di mana bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telah dikreditkan pada 17 Januari dan 5 April 2023, manakala Fasa 3 telah dikreditkan mulai 26 Jun 2023.

Berikut dikongsikan maklumat lebih lanjut tentang bayaran STR Fasa 4.

KADAR BAYARAN MYSTR FASA KE 4 MENGIKUT KATEGORI

STR fasa 4

KATEGORI ISI RUMAH (KELUARGA)

Pendapatan bulanan di bawah RM2,500 (B40) akan menerima bayaran dari RM200 sehingga RM1,200.

  • Isi rumah tiada anak (RM200),
  • Isi rumah mempunyai 1-2 anak (RM600),
  • Isi rumah mempunyai 3-4 anak (RM900)
  • Isi rumah mempunyai 5 dan lebih anak (RM1,200).

Pendapatan bulanan RM2,500 – RM5,000 (M40) hanya akan melibatkan 2 kategori sahaja.

  • Isi rumah mempunyai bilangan 3-4 anak (RM300)
  • Isi rumah mempunyai bilangan anak 5 dan lebih (RM500).
KATEGORI WARGA EMAS SEBATANG KARA
  • (60 tahun ke atas) – Pendapatan bulana di bawah RM5,000 akan menerima bayaran sebanyak RM200.

CARA SEMAKAN STATUS BAYARAN STR

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik lok masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    – Nama pemohon
    – No Mykad pemohon
    – Status permohonan
  5. Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  6. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  7. Masukkan kata laluan

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 4

Bayaran STR Fasa 4 dijangka akan disalurkan pada bulan November 2023 iaitu dijangka pada 27-30 November 2023

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk :

Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) : DI SINI

Related articles