Step By Step Cara Buat Karipap Pusing, Gerenti Sedap & Menjadi.

Karipap pusing antara karipap yang menjadi kegemaran ramai. Di makan pula panas-panas memang sedap. Ramai yang menyangka, susah untuk membuat karipap pusing ini . Sebenarnya nak membuatnya mudah sahaja. Jika anda teringin untuk memcuba buat sendiri karipap pusing ini. Anda boleh ikuti langkah dan resepi karipap pusing perkongisan Mas Cotek ini.

Ramai yang sudah mencuba, tenyata ia agak mudah dan menjadi. Mari kita ikuti perkongisan di bawah ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Cara Buat Karipap Kampung Berjerawat Macam Orang Tua Dulu-Dulu. Simple Je, Confrim 3-4 Biji Sekali Makan!

RESIPI KARIPAP PUSING SEDAP

Bagi mereka yang tercari-cari step by step karipap pusing. Semoga dimanafaatkan bersama ya. Harap membantu.

BAHAN DOH MINYAK :

  • 1/4 cwn minyak dipanaskan
  • 2 ½ cwn tepung
  • Secubit garam
  • Air secukupnya

BAHAN DOH MAGERIN :

  • 1 ½ cwn tepung
  • 2 sdm shortening
  • 1/2 cwn margerin/atau lebih

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Untuk membuat doh minyak, satukan kesemua bahan dan sebatikan. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat di tangan.

2. Untuk doh magerin pula, satukan semua bahan dan sebatikan sehingga menjadi doh.

Doh minyak dan doh majerin

3. Kemudian, bulatkan doh minyak dan doh margerin sama banyak. Tak kisah berape biji. 5 6 7 ke 8 biji. Janji sama banyak.

4. Seterusnya, leperkan sedikit doh minyak masukkan doh margerin di dalamnya.

5. Tutupkan doh margerin tadi dengan menarik doh minyak sehingga menjadi doh bulat. Buat kesemua sehingga selesai. Ia akan jadi seperti ini. Rehakan selama 5 minit.

6. Setelah direhatkan selama 5 minit. Ambil 1 bahagian doh tadi dan canaikan.

7. Selepas itu sapu air sedikit sahaja. Calit-calit lebih kurang, jangan banyak ye nanti doh lembik pulak.
Nak bagi kelopak dia melekat bila dah goreng nanti.

8. Gulungkan doh yang dicanai dan letak memanjang seperti dalam gambar.

9. Kemudian canai memanjang doh yang digulung tadi.

10. Gulung doh sekali lagi seperti di bawah ini dan potong doh guna pisau anggaran 1/2 inci tebal atau lebih sedikit.

11. Kemudian, ambil seketul dan canaikan doh itu untuk membuat lapisan karipap. Canai seperti ini, jangan nipis. Layang-layangkan sahaja. Buat langkah-langkah membuat karipap dan gorengkan seperti biasa sehingga rangup.

Masukkan inti dan kelimkan.

Goreng dengan api yang sederhana.

Dah siap pun.

Sumber/Foto : Mas Cotek

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

Related articles