“Solok Lada Tersedap Di Dunia Kata Suami” Wanita Ni Kongsi Resipi Solok Lada Yang Enak. Mudah Je!

Solok Lada merupakan makanan yang popular khususnya negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu. Solok Lada juga digemari ramai tidak mengira negeri. Kebiasaanya solok lada dimakan bersama nasi kerabu atau dimakan begitu sahaja.

Terkadang agak sukar nak di dapati solok lada ini, jadi jika teringin anda boleh membuatnya sendiri. Ringkas dan mudah sahaja cara penyediaannya. Boleh la makan puas-puas. Nak buat boleh ikuti resepi perkongisan Aishah Toke Kek ini.

Jom ikuti perkongsian di bawah ini.

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN : Mudahnya Buat Asam Pedas Cara Pantai Timur, Nak Lagi Sedap Guna Ikan Kerisi

RESEPI SOLOK LADA KELATE

Suami saya kata. Solok lada saya tersedap di dunia. Kita apa lagi kembang kempis hidung. Sape nak resipi, mai saya bagi Resipi solok lada kelate cara saya Aishah Toke Kek

BAHAN-BAHAN :

  • 20 biji Lada solok
  • Ikan selayang 12 ekor
  • 5 ulas bawang merah
  • 1inci halia
  • Kelapa parut putih
  • 150ml Santan untuk merebus solok lada.

CARA-CARA MEMBUAT :

1. Ambil isi ikan mentah yang di buang tulang

ADVERTISEMENT

2. Belah memanjang lada dan buang biji.

ADVERTISEMENT

3. Tumbuk bawang dan halia, bila dah lumat masakan isi ikan mentah tumbuk lagi, masukkan kelapa parut. Tumbuk sehingga lumat.

4. Perasakan dengan garam dan gula.

5. Sumbat bahan inti ke dalam lada.

6. Rebus solok lada dengan sedikit santan. Bahagian dasar periuk jangan lupa alas dengan kubis/kacang panjang(nak elakkan solok hangit)
Rebus sehingga santan kering.

Dah siap.


Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Aishah Toke Kek

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles