Siapakah Yang Dinamakan Dengan ‘Anak Soleh’? Adakah Kita Tergolong..

Al-Quran, sunah dan ijmak ulama menegaskan, hukum berbakti kepada orang tua itu adalah wajib.

Dalam Surah al-An’am, ayat 151, Allah سبحان و تعالىٰ berfirman yang bermaksud:

“Marilah kubacakan apa yang Allah ha’ramkan ke atas kamu iaitu janganlah kamu memperseku’tukannya dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada kedua-dua ibu bapamu.”

Anak Soleh

Dari Abi Huhairah رضي الله ﺗﻌﺎﻟﯽٰ عنه , sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

” Apabila seseorang anak Adam itu mening-gal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.

Didalam satu kuliah Ustaz Wadi Annuar menyatakan,

“Siapa yang nak tahu dia anak soleh atau tidak lihat mulutnya.. jika setiap kali solat, mulutnya Allah سبحان و تعالىٰ dengar dia berdoa

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا

“Ya Allah! ampunilah dosa kami dan dosa kedua orang tua kami dan kasihilah mereka sebagaimana mereka telah mengasihi kami sejak kecil.”

Siapa yang ingatkan kita untuk berdoa untuk mak ayah kita? Allah..

Bila satu orang Allah ingatkan dia untuk dia berdoa untuk mak dan ayah dia bermaksud menurut kata ulama itu lah anak soleh. Sebab Nabi صلى الله عليه وآله وسلم sebut nak tahu anak soleh, dia berdoa untuk ibu bapanya setiap hari.

Kita? Ada tak.. masing-masing pakat tengok.. ada tak, subuh ada tak? Semalam isyak, ada tak doa untuk mak ayah? Maghrib, ada tak doa untuk mak ayah? Asar, ada tak doa untuk mak ayah?

Ada orang tuan-tuan bukan setiap kali setiap sembahyang, setiap jam..

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا

setiap jam.. kata ulama, lagi kerap kamu lihat mulut orang itu doakan mak dan ayah dia, maka lagi soleh lah orang itu. Allah سبحان و تعالىٰ angkat dia jadi anak soleh, kerana itu Allah سبحان و تعالىٰ lah yang menggerakkan bibirnya, mengingatkan hatinya, untuk sebut doa

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلِوَالِدَيْنَا وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانَا صِغَارًا

Tuan-tuan ketahuilah,

Allah سبحان و تعالىٰ melanjutkan usia orang tua sehingga dapat membesarkan kita, itu satu nikmat yang cukup besar.

Orang tua kita tidak pernah meminta jasa mereka dibalas. Cukup bagi mereka untuk melihat semua anaknya bahagia dan berjaya.

Bagaimana pula bagi mereka yang sudah ketiadaan insan mulia itu di dunia ini? Mungkin ramai menganggap, mereka sebenarnya tidak puas berbakti kepada orang tuanya.

Ada juga menyesal atas perbuatan mereka dahulu yang pernah melukakan hati atau tidak patuh kepada orang tuanya.

Apabila melalui detik kehilangan itu, barulah hadir perasaan rindu. Sekiranya masa itu dapat diundur, sudah pasti hendak saja anak itu sentiasa berbuat baik serta memohon keampunan kepada ibu bapa mereka.

Bagaimanapun, janganlah berasa terlalu kecewa kerana peluang itu sebenarnya masih ada.

Seorang ulama besar, al-Faqih Uthman bin Hasan bin Ahmad mengatakan, ada orang yang pernah bertanya kepadanya, masih adakah kesempatan bagi seorang anak berbakti kepada orang tuanya yang sudah meninggal dunia.

Beliau menjawab, “Lakukanlah tiga perkara iaitu jadilah anak yang soleh, bersilaturahim dengan kaum kerabat dan sahabat-sahabat orang tuamu dan memohon keampunan serta mendoakan rahmat Allah untuk mereka.”

Jelas kepada kita, masih ada cara untuk berbakti kepada orang tua yang sudah meninggal dunia iaitu mendoakan mereka, memohon keampunan untuk mereka, melaksanakan wasiat mereka, menghubungkan silaturahim dan menghormati sahabat mereka.

Selain itu, salah satu cara adalah dengan bersedekah atau infaqkan harta yang pahalanya diniatkan untuk orang tua kita.

Seorang sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, bagaimana sekiranya dia sudah tidak mempunyai ibu dan bapa di dunia ini, apakah yang perlu dia lakukan?”

Nabi صلى الله عليه وآله وسلم menjawab: “Bersedekahlah untuk kedua-dua ibu bapa dengan membaca al-Quran atau mendoakan mereka.

والله أعلمُ

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Video : Inirwati Zakaria, Nurul Nazihah Nuhera

Related articles