Siapa Yang Nak Dilapangkan Rezekinya Boleh Amalkan 5 Zikir Ini

Rezeki bukanlah sekadar wang ringgit semata-mata, namun kesihatan yang baik, kelapangan fikiran, ketenangan hati, bebas hutang juga turut dianggap rezeki. Bagi yang beragama Islam, kita seharusnya sentiasa bersyukur dengan setiap pemberian rezeki oleh-Nya. Selain rasa syukur, kita juga boleh mengamalkan zikir. Sebenarnya, terdapat beberapa jenis zikir yang mujarab untuk membuka pintu rezeki kita seluasnya.

Zikir dari segi bahasanya bermaksud sebut dan ingat. Ia adalah suatu bentuk amalan ibadah yang mudah dan boleh dikerjakan tanpa batas waktu, tempat, dan sebagainya.

Siapa yang hendak dapatkan rezeki yang luas, rezeki yang barakah. Ada 5, tetapi ada juga yang amalkan 3.

Ya Allah, Ya Fattah, Ya Razzaq, Ya Wasi’

  • Al-Fattah : ( الفتاح ) Maha Membukakan. 
  • Ar-Razzaq : ( الرزاق ) Maha Pemberi Rezeki. 
  • Al-Wasi’ : ( الواسع ) Maha Luas. 

Ya Allah, yang Maha Membuka, bukakanlah pintu rezeki seluasnya.

Faham tak macam mana kaedah tu? Maksudnya kita gabungkan tiga (3) nama Allah سبحانه و تعالى itu tadi dan kita tutup dengan doa.

Kita sebut dulu.. Allahuma/Ya Allah, Ya Fattah, Ya Razzaq, Ya Wasi’ .. 

Nak ulang berapa kali? Terserah. Ada orang ulang sekali. ada orang nak ulang 3 kali, ada orang nak ulang 10 kali. Sebab apa? Amalan beramal dengan Asma’ul Husna tidak ada dalil daripada hadis Nabi  صلى الله عليه وسلم berapa kali..berapa kali. 

Walaupun nanti kita ada belajar dengan orang lain, dia tetapkan 30 kali , 60 kali, ada 100 kali . Tetapi dari sudut saya, Wallahu’alam.. saya pun ada dengar ceramah dan ada tanya guru. Dalam bab beramal dengan Asma’ul Husna sebab dia tiada dalil sebagaimana (SubhanallahAlhamdulillahAllahu Akbar) 33 kali.. betulkan? Ada dalil-dalil, itu hadis Nabi صلى الله عليه وسلم

Jadi Asma’ul Husna dia umum, maka kita pilih lah jumlah yang penting khusyuk. Kita sebut ‘Ya Allah, Ya Fattah, Ya Razzaq, Ya Wasi’ .. dan kita tutup dengan doa 

Ya Allah, bukakanlah pintu rezeki seluasnya

Tapi kita minta apa.. rezeki yang barakah. Kalau tak barakah Allah سبحانه و تعالى jauhkan daripada kita. Itu lebih baik untuk kita. Kemudian ada orang tambah lagi “.. Ya Ghani , Ya Mughni..”

Ya Allah, Yang Maha Kaya dan memberi kekayaan, berikahlah aku kekayaan dunia dan akhi’rat. 

Tambah, boleh tambah je.. Ada orang tanya.. Ustazah, boleh ke minta kaya dengan Allah? Kan dunia semua tu? 

Boleh, Subhanallah, kan Allah suka kepada hambaNya yang meminta dan kitalah yang paling layak meminta kekayaan daripada Allah سبحانه و تعالى sebab kita orang mukmin, kita orang muslim. Kita bukan orang ka-fir, kita orang Mukmin. Kitalah bila meminta Allah lagi suka daripada orang bukan Islam. Orang bukan islam jika dia berusaha tetap Allah bagi rezeki.. betul tak? Jadi kita minta kaya dengan Allah takda masalah. Ramai sahabat Nabi صلى الله عليه وسلم yang kaya-kaya. 

Apa yang dilarang dalam Islam ialah menghimpun harta. Kena paham ye. Kaya dapat harta banyak takpa.. tapi alirkan, sedekah, bantu orang susah. Sebab itu Allah سبحانه و تعالى sangat suka dan Allah سبحانه و تعالى akan tambah kekayaan.. jangan risau 

Jadi kita minta tadi… “.. Ya Allah, Ya Fattah, Ya Razzaq, Ya Wasi’, Ya Ghani , Ya Mughni..”

Kita himpunkan nama-nama Allah semua tu.. “..Ya Allah, bukakanlah pintu rezeki seluasnya, Ya Allah, Yang Maha Kaya dan memberi kekayaan, berikahlah aku kekayaan dunia dan akhi’rat… “

sebab kaya dunia musi’bah.. tetapi kaya dunia dan akhi’rat harta dia tu akan jadi saham di akhi’rat kelak. Sedekah dialah maksudnya. Dia jutawan dunia dan jutawan akhirat. 

والله أعلمُ

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadis Riwayat Muslim : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Video : Ustazah Asma Fans

Related articles