Siapa Yang Memiliki 4 Perkara Ini Bermakna Dikurniakan Kesenangan Dunia

SESUNGGUHNYA, kebahagiaan adalah dambaan setiap manusia yang menghuni dunia ini. Sebab itu setiap orang sentiasa berusaha untuk mencari dan mendapatkan kebahagiaan dengan pelbagai cara

Ulama menyebutkan, jika seseorang telah memiliki empat perkara ini, bermakna dia telah dikurniakan kesenangan dunia

  1.  Dikelilingi jiran-jiran yang baik, yang menjaga keharmonian bersama
  2.  Mendapat pasangan yang soleh/solehah yang memberi ketenteraman jiwa, dah menjadi tempat kerehatan hati
  3.  Direzekikan anak yang taat dan mendengar kata.
  4.  Dipertemukan dengan sahabat yang jujur dalam persahabatan.

Adapun sifat yang berlawanan dengan perkara-perkara ini termasuk ujian, yang boleh mengakibatkan kegelisahan dan kegusaran hati yang berpanjangan.

ADVERTISEMENT

Seseorang tidak akan memperoleh ketenangan jika dikelilingi jiran yang kasar tidak bertolak ansur, pasangan yang tidak beri ketenteraman, anak yang de-gil tidak mendengar kata, kawan-kawan yang ha-sad dan khia-nat.

Oleh itu, ulama ada menganjurkan doa khusus yang boleh diamalkan selepas solat kita bagi meminta perlindungan daripada 4 perkara itu,

Lafaznya :

اللّٰهُمَّ إِنِّي أَعُوذِ بِكَ مِن جَارِ السُّوءِ وَمِن زَوجٍ تُشَيِّبُنِي قَبلَ المَشِيبِ وَمِن وَلَدٍ يَكُونُ عَلَيَّ وَبَالًا وَمِن مَالٍ يَكُونُ عَلَيَّ عَذَابًا وَمِن خَلِيلٍ مَاكِرٍ عَينَاهُ تَرَانِي وَقَلبٌ رَعَانِي إِن رَأَى حَسَنَةً دَفَنَهَا وَإِن رَأَى سَيِّئَةً أَذَاعَهَا

ADVERTISEMENT

Maksudnya, “Ya Allah, aku berlindung dengan Mu daripada jiran yang bu-ruk perangainya,

daripada pasangan yang membuatkan ku beruban sebelum masanya,

ADVERTISEMENT

daripada anak yang akan menyebabkan ku ditimpa mu-sibah,

daripada harta yang akan menyebabkan ku dihukumi (a)zab,

daripada teman rapat yang bu-ruk pandangannya pada ku, bu-ruk juga hatinya terhadap ku, yang jika dia memandang kebaikanku dia menyimpannya, dan jika dia melihat kebu-rukan ku dia menyebarkannya.”

*****

Selain daripada itu, doa ini juga sebagai peringatan kepada kita agar janganlah kita termasuk salah satu daripadanya apatah pula keempat-empatnnya.

والعياذ بالله.

Ulama sering berkata, “Orang yang ingin dikelilingi kebaikan, perlu menjadi punca kebaikan.”

Semoga Allah سبحانه و تعالى mengurniakan kita kebaikan-kebaikan dan menjadikan kita asbab kebaikan bagi yang lain. (Ibn L-Abidin)

(Pent.) *** Disebutkan juga didalam hadis Nabi tanda-tanda bahagia/kebahagiaan yang membawa kepada manusia.

3 TANDA BAHAGIA

Diriwayatkan oleh Nafi’ Bin Abdul Harith daripada Nabi صلى الله عليه وسلم. Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda :

مِنْ سَعَادَةِ الْمَرْءِ الْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ ، وَالْمَرْكَبُ الْهَنِيءُ

Maksudnya :” Antara (tanda) kebahagiaan seseorang ialah rumah yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan tung-gangan yang elok.”

Riwayat al-Bukhari (457) di dalam al-Adab al-Mufrad

4 PERKARA YANG MEMBAWA KEBAHAGIAAN

Dalam hadis, Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda yang bermaksud: “Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki) perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan kenderaan yang bagus.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

والله أعلمُ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk 
Sumber : Ibn L-Abidin , & Syarah Hadis Tanda Bahagia Ada Tiga

ADVERTISEMENT

Related articles