Siapa Yang Baca Surah Ini 10 Kali , Nescaya Allah Akan Membina Baginya Sebuah Rumah Di Dalam Syurga

Rata-rata diantara kita mesti pernah terlintas di pikiranuntuk memiliki rumah sendiri. tidak kisah la rumah itu besar mahupun kecil. Asalkan selesa untuk didiami bersama orang tersayang. Di dunia ini, untuk mempunyai rumah yang besar dan cantik harus bekerja ke-ras dahulu mencari wang ringgit, kerana harganya yang mahal.

Berbeza dengan membangun rumah di syurga. Yang diperlukan adalah kekuatan untuk beramal soleh (taufiq) dan menahan ha’wa naf-su. Tentu rumah di syurga jauh lebih indah dan nyaman, tak mungkin dapat digambarkan oleh akal fikiran kita.

Ya, kita boleh membina rumah kita di syurga.

Harga yang diminta bukanlah wang ringgit ataupun emas permata, tetapi Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah menyatakan kepada umatnya mengenai amalan-amalan yang apabila dilakukan maka Allah سبحان و تعالىٰ akan membangunkan sebuah rumah untuknya di syurga.

Jom Bina Rumah  Di Syurga 

 

Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda:

“Barangsiapa yang membaca “Qulhuwallahu ahad” sepuluh kali, Allah akan bangunkan untuknya sebuah rumah di syurga.” – (Hadis Riwayat al-Tabarani, No. 397)

menurut Ustazah Asma di dalam kuliahnya.. ‘ada orang kata mudahnya ustazah, macam tu je (iaitu baca 10 kali surah Qul huwalLah Ahad) sebenarnya dengan kita mengulang-ulang surah al-ikhlas 10 kali sehari sekurang-kurangnya, akhirnya kita menjadi orang yang ikhlas

 

Selain itu terdapat fadilat-fadilat yang sahih berkenaan surah al-Ikhlas:

#1 – Allah سبحان و تعالىٰ Mencintai Orang Yang Mencintai Surah al-Ikhlas

Daripada Aisyah رضی اللہ عنھا: 

“Sesungguhnya Nabi صلى الله عليه وسلم mengutus seseorang kepada sekelompok pasukan, dan ketika orang itu mengimami sahaba-sahabatnya yang lainnya di dalam solat mereka dan beliau mengakhiri bacaannya dengan قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ, maka apabila mereka pulang, mereka menceritakan hal itu kepada Rasulullah صلى الله عليه وسلم, lalu Baginda pun bersabda: “Tanyalah beliau, mengapa beliau berbuat demikian?” Lalu mereka bertanya kepadanya. Beliau pun menjawab: “Kerana surat ini (mengandung) sifat al-Rahman, dan aku mencintai membaca surah ini,” lalu Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda: “Beritahu beliau, sesungguhnya Allah pun mencintainya” 

Hadis riwayat Imam al-Bukhari (7375)

#2 – Al-Ikhlas Bersamaan Sepertiga Al-Quran

Daripada Abu Sa`id al-Khudri رضي الله عنه:

“Sesungguhnya seseorang mendengar orang lain membaca قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ dengan berulang kali, lalu dia datang bertemu Rasulullah صلى الله عليه وسلم dan menceritakan hal itu kepadanya, dan seolah-olah orang itu menganggap remeh surah itu, maka bersabdalah Rasulullah صلى الله عليه وسلم : “Demi Dzat yang jiwaku berada di tanganNya, sesungguhnya surat itu sebanding dengan sepertiga al Qur`an.” – Hadis riwayat Imam al-Bukhari (5013)

#3 – Surah Al-Ikhlas Penyebab Masuk Syurga

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه :

 “Aku datang bersama Rasulullah صلى الله عليه وسلم lalu aku dengar seorang lelaki membaca قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ اللَّهُ الصَّمَدُ. Lalu Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Telah wajib.” Aku bertanya: “Apa yang telah menjadi wajib?”. Kata Baginda: “Syurga (baginya).”

Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunan (2897). Beliau berkata: “Hadis hasan sahih gharib.”

 

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

Related articles