‘Siapa Nak Masuk Syurga?’ – Siapa Buat Ni Boleh Terus Masuk Syurga..

Tahajud ni tuan-tuan sunnah paling utama sekali dalam kehidupan. Dia merupakan amalan orang-orang soleh. 

Tuan-tuan nak jadi orang soleh, selalu dok sebut.. ‘

Ustaz kita nak jadi orang baik ustaz.. kita nak berubah jadi baik..’ Kita nak jadi orang yang baik, kita dulu orang tak berapa nak baik, na-kal.. ja-hat dulu. zaman-zaman dulu-dulu kan.

ADVERTISEMENT

Bila kita nak berubah jadi baik tuan-tuan, diantaranya ikutlah cara orang soleh. Dan salah satu benda yang orang soleh tak pernah tinggal tuan-tuan ialah bertahajud kepada Allah سبحان و تعالىٰ . 

Jadi Nabi صلى الله عليه وسلم sebut amalan-amalan bertahajud ini merupakan amalan-amalan,  jalan-jalan daripada orang-orang soleh. 

Pasal apa kita kena bertahajud kepada Allah? 

Pasal kita nak angkat kemuliaan kita disisi Allah, nak angkat darjat kita disisi Allah سبحان و تعالىٰ . Dipanggil maqam dalam bahasa Arab. Maqam yang terpuji disisi Allah.

ADVERTISEMENT

Gunakan kesempatan yang Allah bagi pada kita, peluang yang Allah bagi pada kita. Untuk kita angkat darjat kita sikit disisi Allah, supaya Allah kenal kita, supaya Allah recognice kita nanti di yaumulqiamah.

Tuan-tuan tengok macam mana manusia terlalu ramai kat padang mah-syar, kita semua mengharapkan Allah tengok kita. Dan cara untuk kita angkat darjat dan Allah pandang kita di yaimulqiamah tuan-tuan, sebahagian dari malam-malam dia bangun untuk bangun bertahajud kepada Allah dengan melakukan ibadah sunat.

ADVERTISEMENT

Tuan-tuan nak Allah pandang, kita nak duduk di maqam mahmudah.. tuan-tuan bangun bertahajjud.

Kelebihan dari bertahajjud ini tuan-tuan punya peluang masuk ke syurga Allah tanpa hisab. Oh, ini sangat penting lah..

Tuan-tuan boleh bayang tak?

Siapa dapat masuk syurga tanpa hisab nikmat sangat besar. Kita suka buat do-sa tuan-tuan janji Dia apa? Allah janji dah, buat d-osa janji Dia nera-ka. Tapi ada orang berdo-sa Ya Allah tapi Allah tak bagi dia ke nera-ka. Siapa? Orang yang mendapat rahmat disisi Allah sebab Allah ampun kan do-sa dia. Dia tak masuk nera-ka.

Yang nak dapat rahmat ni apa? 

Antara dia tuan-tuan ialah orang yang Allah kurniakan kepada dia syurga tanpa hisab. ohhh.. Subhanallah. Ada do-sa Allah tak pandang. Untung tuan-tuan waktu kita tengok nera-ka tu. Naik hi’tam tu..  kita jatuh melu-tut kata Allah. Jatuh melu-tut macam tadi, dia tak reti nak imbang dah, dia dah lemah tubuh. Pasal apa? Pasal do-sa ada. Nampak do-sa nampak nera-ka kat depan. 

Tuan-tuan tiba-tiba ada orang yang Allah panggil bangun, bangun orang-orang ini bangun. Semua orang jatuh lutut tak berani angkat kepala. Alangkah nge-rinya kamu tengok orang berdo-sa tunduk kepala mereka dihadapan Tuhan mereka. 

Tunduk pasal apa?

Tunduk menye-sal, tunduk ta-kut. Wahai Tuhan kami, kami nampak dah apa duk depan kami ni. Kami dah dengar dah apa yang dok kami buat dulu. Kami dengar dah ngau-man nera-ka yang dapat didengari sejauh 300 tahun perjalanan. Mata nera-ka dapat melihat sejauh 300 tahun perjalanan. Bunyi ngau-man tu sangat mena-kutkan. Dengar dah, nampak dah. Nampak pula do-sa besar yang kita duk buat dulu. 

Lepas tu minta apa?

Hantar kami balik kedunia kami nak buat amal soleh. Hari ini kami yakin dah.

Maka tuan-tuan waktu tu dalam keta-kutan tak berani nak angkat kepala tiba-tiba Allah panggil orang ini, bangun bangun orang ni, bangun orang ni.

Siapa bangun ni? 

Iaitu orang yang merenggangkan rusuk mereka pada waktu orang lain semua sedang tidur.

Renggang rusuk buat apa?

Bangun bermunajat kepada Allah dengan ta-kut dan harap kepada Allah.

Tuan-tuan nak selamat waktu tu, tuan-tuan bangun bertahajjud. 

 

Cara Solat Sunat Tahajjud

Lafaz niat:

Maksudnya – “Sahaja aku sembahyang sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala.”

Bacaan: Pada rakaat pertama hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Kafirun

Pada rakaat kedua hendaklah baca surah al-Fatihah dan surah al-Ikhlas

Selepas salam hendaklah membaca doa ini:

Doa Ringkas

“Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan hindarkan kami daripada seksaan api nera-ka.”

Doa Solat Sunat Tahajjud

Maksud Doa Solat Sunat Tahajjud

“Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Dikaulah pendiri langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Dikau Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.

Bagi-Mulah segala pujian, Dikaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan nera-ka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah benar dan adanya hari Kia-mat itu benar.

Ya Allah! Pada-Mulah daku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu daku bertawakal, kepada-Mu daku kembali, dengan-Mu daku menghadapi musuh dan kepada-Mu daku berhukum. Ampunilah do-sa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian,

Baik yang daku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Dikau lebih mengetahuinya. Dikau yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Dikau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.”

Sukar untuk bangkit pada waktu malam? Berikut beberapa saranan untuk memudahkan kita bangkit:

1. Sebelum masuk tidur, berniat ingin melakukan Solat Tahajjud.
2. Selalu menjauhkan diri daripada perbuatan mak-si*t.
3. Bersederhana makan dan minum pada waktu siang.
4. Membaca doa dan ayat-ayat Al-Quran sebelum tidur.

Ianya bergantung kepada kehendak dan keinginan seseorang, sekiranya dengan niat yang ikhlas, Insyaallah akan dipermudahkan oleh Allah سبحان و تعالىٰ

Mudah-mudahan perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

ADVERTISEMENT

Related articles