Shakshuka, Hidangan Popular Dari Timur Tengah. Enak Dimakan Bersama Roti Atau Pasta

Shakshuka antara hidangan popular dari Timur Tengah. Pelbagai variasi untuk sajian Shakshuka ini. Kebiasaanya dijadikan sarapan pagi. Enak dimakan bersama roti atau pasta. Sesuai untuk mereka yang tengah on diet. Sedap dan berkhasiat

Jika anda ingin mencuba Shakshuka ini boleh ikuti resepi perkongisan Kash Kasih Kasmila ini.

Mari ikuti perkongisan beliau di bawah ini.

ADVERTISEMENT

SHAKSHUKA

Masya Allah, Ini antara sarapan dari negara-negara Mediterranean. Shakshuka nama dia. Sesuatu yang berbeza dan berkhasiat. Sedappp, resepi ada di bawah ye

BAHAN-BAHAN :

  • Olive oil – 5sdBesar
  • 5/6 biji Tomatoes segar
  • Tomato cherry, belah 2 (suka hati nak banyak mana)
  • 3 sd Besar Tomato puree, Sos tomato pun boleh.
  • 4-5 bawang putih (diracik atau ditumbuk kasar)
  • 1 bawang Besar/Holand,
  • 1 Capsicum Merah/Hijau (dipotong bulat-4 bulatan)
  • 4 biji telur
  • 1sd kecil biji ketumbar, jintan manis, lada hitam
  • Cili flakes @ Serbuk cili
  • 2-3 sd Besar minced beef (optional)
  • Daun soup/pudina sebagai hiasan
  • Italian mixes herbs

CARA-CARA MEMASAK

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau, masuk tomato. Kacau rata seketika. Angkat dan kisar menggunakan blender dan ketepikan.

2. Tumiskan pula bawang besar yang dipotong dadu sehingga naik bau.

ADVERTISEMENT

3. Kemudian masukkan daging hancur, serbuk rempah ketumbar dan jintan manis dan bahan kisar tadi. Kacau sehingga sebati dan biarkan ia mereneh seketika dalam 3 minit.

4. Setelah itu, masukkan tomato puree, garam dan gula secukup rasa. Ikut rasa masing-masing, balance kan rasa tomato yang banyak tu. Kacau rata seketika.

ADVERTISEMENT

5. Masukkan Tomato cherry yang dibelah 2, gaul rata.

6. Masukkan capsicum merah yang potong bulat-bulat dan pecahkan telur dalam bulatan Capsicum merah tadi. 4 biji telur, 4 bulatan Capsicum. Kalau telur putih terkeluar sikit tak apa. Pastikan untuk gunakan api yang paling kecil sekali.

7. Biarkan merenih seketika sehingga telur masak. (Untuk telur saya suka separa masak, ikut selera masing-masing. Boleh tutup kejap pan guna penutup kaca)

8. Bila dah masak, boleh taburkan daun soup, cili flakes, lada hitam dan Italian mixes herbs.

Tadaaa siapp!.. Rasa sajian ni, boleh kita adjust nak spicy tambah ciliflakes… Lada hitam. Enak di cecah roti pita atau di makan dengan pasta.

Sumber/Foto : Kash Kasih Kasmila

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles