Setiap Kali Kita Bersedekah, Selitkan ‘Niat Ini’ & Jangan Lupa Orang Tua

Amalan bersedekah sangat berkait rapat dengan iman seorang Muslim. Setiap sedekah yang diterima di sisi Allah سبحانه و تعالى , Dia (Allah) akan balas dan ‘membayarnya’ di du-nia lagi.

Itu janji Allah dalam al-Quran iaitu sesiapa yang bersedekah di jalan Allah, Dia akan ganti semula dengan ganjaran paling sedikit 10 kali ganda pahala manakala paling banyak adalah 700 kali ganda.

Allah سبحانه و تعالى berfirman yang bermaksud:

ADVERTISEMENT

“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji be-nih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengan-dungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Surah al-Baqarah, ayat 261)

Contohnya, seseorang itu memberi sumbangan atau infaknya untuk pembinaan sebuah masjid. Walaupun nilai yang dilaburkan untuk tujuan itu hanya sebiji batu bata, maka Allah سبحانه و تعالى akan membalasnya dengan sebuah istana di dalam syurga pada hari ak-hirat kelak atas kejujuran serta keikhlasannya.

JANGAN LUPA NIAT APABILA NAK BERSEDEKAH

Ketika kita bersedekah selitkan niat..

ADVERTISEMENT

“.. Ya Allah Ya Tuhanku, dengan apa yang aku sedekahkan dan aku wakafkan ini mudah-mudahan menggugurkan segala kafarah wajib yang tertunggak bagi  diriku ..

atau bagi mereka yang mencintai ayah dan ibu, bila sedekah selitkan niat..

ADVERTISEMENT

“.. Ya Allah Ya Tuhanku, dengan sedekah dan wakaf yang aku sedekahkan ini mudah-mudah menggugurkan segala kafarah wajib yang tertunggak bagi ar-wah ayah dan ibuku. Mudah-mudahan mana mana hu-tang yang tidak ingat terangkat, sum-pah, nazar, fidyah yang tidak ingat terangkat sedikit-demi sedikit.

JANGAN LUPA ORANG TUA WALAUPUN MEREKA SUDAH TIADA

Duhai anak, ingatlah dimana sahaja kita berada, sedekah seberapa pun dan di mana pun saat anda bersedekah, walau hanya sebungkus nasi untuk orang mis-kin, walaupun santunan sederhana buat anak ya-tim atau sedekah kita saat solat di masjid, di peti peti sedekah di masjid-masjid atau dimana sahaja. Jangan lupa saat ada menggerakan sedekah itu..

“.. Ya Allah aku mohon pahala sedekah ini aku titipkan untuk kedua orang tuaku.. untuk ibuku, untuk ayahku..”

Kerana disitu sangat besar manfaatnya buat mereka kerana ada tugas malaikat, begitu kita bersedekah atas nama mereka akan sampai cahaya yang indah dan luar biasa untuk kedua orang tua kita.

Begitu mereka menerima cahaya itu, mereka bertanya, “Ini apa dan dari mana? “

Kata malaikat tersebut,“Ini sedekah dari anakmu yang ada di dunia..”

Oleh setiap kali kita bersedekah, titipkan juga pahalanya buat orang tua kita.

والله أعلمُ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk

ADVERTISEMENT

Related articles