‘Setiap 5 Minit Kena Buang Air Kecil Selama 2 Hari’ – Ustaz Ini Kongsi Cara Tepis Sihir Guna Air Garam

Gangguan Jiin boleh berpunca dari 4 sumber berikut: Si-hir, Sa-ka, Lintasan atau A’in (pandangan mata) ATAU percampuran antaranya. Terdapat banyak spesis jin yang tidak dapat diketahui jumlahnya. Namun pesakit mengalami gangguan kebiasaan akan menujukkan tindakbalas tertentu semasa melakukan rawatan.

Ikuti perkongsian oleh Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin cara menepis si-hir.

Ramai tanya saya, ustaz sepanjang ustaz buat rawatan ustaz tidak ke terkena si-hir dan tempias dari pesakit?

ADVERTISEMENT

Saya jawab :

“.. Tipu la saya jika kata saya tak terkena. Saya pun insan biasa seperti anda semua. Jika saya terleka pasti kena, kadang muntah da-rah pun pernah. Kembung perut biasa saya kena.. Paling tak lupa di uji kena buang air kecil 5 minit sekali selama 2 hari. Kejap-kejap nak terkencing masa tu ya Allah susah nya, nak tidur pun susah..”

Kaedah Atau Cara Menepis Si-hir

Selain mandi ais yang saya amalkan dalam seharian saya buat minum air garam.

ADVERTISEMENT

Caranya :

Ambil segelas air suam ambil secubit garam masukkan ke dalam air yang kita hendak minum..

ADVERTISEMENT

Sebaiknya minum sebelum tidur.

Kerana semasa kita tidurla makhluk halus meganggu kita. Lepas bangun tidur sebelum gosok gigi amalkan juga minum air garam ini.

Selepas masuk kan garam baca:

  • Al fatihah (3 kali)
  • Al ikhlas (3 Kali)
  • Kemudian baca Laa Haula WaLaa Quwwata illaa Billaah (3 Kali)
  • Dan Selawat (3 Kali)

Kemudian minum..

Buat la sekiranya buat dengan yakin, InshaaAllah di beri perlindungan oleh Allah sebarang ancaman si-hir.

  • Jika buat cara di atas jika anda sedawa bermakna ada gangguan dalam badan anda.
  • Jika mun-tah, batuk se-ram sejuk Bermakna gangguan yang anda alami amat teruk. Buat sekerap yang mungkin, jika anda buat anda rasa segar badan ringan bermakna apa yang anda buat berkesan.

Semua atas izin Allah juga. Cara di atas adalah cara saya sendiri untuk mengelakkan si-hir dalam badan…

Ok saya minum dulu moga bermanfaat untuk anda semua Aamiin.

Perbanyakkan selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Kita Muhammad Ṣallallāhu ′alaihi wassallam. Moga Allah himpunkan kita bersama Nabi kita di Syurga-Nya…

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

 

Disediakan oleh : abunur@vmk

Sumber/Foto : Pusat Perubatan Islam Al-Mujahidin

ADVERTISEMENT

Related articles