Sesiapa Yang Lakukan 4 Amalan Ini, InsyaAllah Orang Itu Akan Masuk Syurga Dengan Sejahtera

Amal-Amal Yang Dapat Memasukkan Kita Ke Dalam Syurga Dengan Sejahtera.

Dari ‘Abdullah bin Salâm – رضي الله عنه -, dia berkata:

نْ عَبْدِ اللهِ بْنِ سَلَامٍ قَالَ: لَمَّا قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِيْنَةَ ، اِنْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ ، وَقِيْلَ : قَدِمَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ ، فَلَمَّا اسْتَبَنْتُ وَجْهَ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهٍ كَذَّابٍ ، فَكَانَ أَوَّلَ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ:  يَا أَيُّهَا النَّاسُ ، أَفْشُوْا السَّلَامَ ، وَأَطْعِمُوْا الطَّعَامَ ، وَصِلُوْا الْأَرْحَامَ ، وَصَلُّوْا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ ، تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ .

ADVERTISEMENT

“Ketika Rasulullah – صلى الله عليه وسلم – datang ke Madinah, orang-orang segera pergi menuju baginda – صلى الله عليه وسلم – (kerana ingin melihatnya). Ada yang mengatakan: Rasulullah – صلى الله عليه وسلم – telah datang. Lalu aku mendatanginya di tengah kerumunan banyak orang untuk melihatnya.

Ketika aku melihat wajah Rasulullah – صلى الله عليه وسلم -, aku mengetahui bahawa wajahnya bukanlah wajah pembo-hong. Dan yang pertama kali baginda ucapkan adalah:

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berilah makan (kepada yang memerlukan), sambungkanlah silaturrahim, solatlah di waktu malam ketika manusia sedang tidur, nescaya kalian akan MASUK SYURGA DENGAN SELAMAT.” – (Hadis Riwayat al-Tirmizi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis sahih)

4 AMALAN RINGKAS YANG MEMBAWA KE SYURGA

ADVERTISEMENT

Kata Tuan Guru,

Yang pertama, Nabi suruh sebarkan salam
Yang kedua, Nabi suruh menghubungkan tali silaturahim
Yang ketiga, Nabi suruh kita bagi makan kepada orang
Yang keempat, Nabi suruh sembahyang malam pada saat orang tidur lagi

ADVERTISEMENT

kamu akan masuk syurga بِسَلَامٍ  (masuk dengan sejahtera).

Pesan Tuan Guru lagi, empat perkara ini kena buat semua. Tidak boleh buat satu sahaja, sebab dia complete, sebab dia pakej. Dalam satu masa jaga 4 perkara ini.

Sebarkan Salam

Hari-Hari Kena Bagi Salam. Paling kurang nak masuk rumah, ‘Assalamualaikum..’ Begitu juga keluar rumah bagi salam, ‘Assalamualaikum..’ Jumpa orang bagi salam. Bagi salam ini bukan pada orang kita kenal sahaja sebab Nabi pesan,  “Bagi lah salam kepada orang yang kamu kenal dan kepada orang yang tidak kami kenal..”

Praktikan salam

Hubungkan Tali Silaturrahim

Hari-hari kena hubungkan tali silaturahim, kena buka mesej keluarga, kena buka whatsapp group keluarga, ikuti perkembangan keluarga, apa isu. Jangan hubung kawan ja, whatsapp keluarga kena tengok. Ada setengah orang whatsapp keluarga kat tepi dia baca ja, dia tak balas pun, dia tak komen pun. Paling kurang hantar lah ’emoji’. Emoji pun tak hantar. Berarti dia pulun putus silaturrahim.

Beri Orang Makan

Pada saat tak boleh buat kenduri, kena ikut SOP, jangan tinggal bagi orang makan..’ Kita tiap hari beli makanan misalnya.. Beli nasi lemak, beli roti canai.. Pi beli roti canai sama ada makan disitu atau bungkus bawa balik. Bagi orang makan.

Kata Tuan Guru, bagi orang makan ni dia tak kira bagi makan tu pada kapiaq (bukan islam) ka, islam ka, semua pahala dapat.. pahala sedekah. Ada sorang kawan saya, jika dia pergi beli sesuatu, nasi lemak ka atau apa apa ke, dia tengok dalam kedai makan tu ada ci’na tak. Ci’na ke, In’dia ke.. dia kata hat hujung tu saya bayaq.. sat lagi ci’na tau in’dia tadi nak bayar.. tuan kedai kata… ‘ tadi itu haji sudah bayar ‘. Agak-agak ci’na/in’dia ni terkedu tak? eh, ada orang bayar.

Jika kita sekali pun time makan nak bayar tapi dah orang bayar.. kita tertanya.. eh siapa bayar?

Jadi kalau tuan kedai kata.. ‘tadi ada seorang haji bayar..’

Tuan-tuan apa perasan in’dia/ci’na tu? dia akan pikir, ish ada orang islam mau bayar kat dia. Tuan tuan kalau saya harap mudah mudahan itu menjadi asbab ci’na/in’dia itu mendapat hidayah masuk Islam. mana tau..

sebenarnya hat ni cara melaksanakan, cara mudah yang Nabi kita suruh. Kalau tok tok guru, para ulama tak bagi panduan kita tak terpikir. Ini cara nak aplikasi macam mana yang Nabi sarankan dalam kehidupan seharian

Sembahyang Di Waktu Malam Ketika Orang Tidur

Kemudian, sehari hari jangan tinggal sembahyang malam. Sembahyang di waktu malam sedangkan orang masih tidur. Itu dipanggil solat Tahajjud.

Buat perkara ni (4 diatas) Nabi jamin

تَدْخُلُوْا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ

kamu akan masuk syurga dengan mudah, dengan sejahera

والله أعلم

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

[ JADI SEBAB HIDAYAH ]

Rasulullah – صلى الله عليه وسلم – pernah berkata kepada Sayyidina Ali كرم الله وجهه, mafhumnya, “Wahai Ali, dengan Allah menjadikan kamu hidayah bagi orang lain (hatta satu orang) lebih baik daripada unta merah yang kamu dapat (yakni lebih baik daripada kenikmatan dunia apa pun jua).

Apakah itu yang lebih nikmat daripada kenikmatan keduniaan?
Menjadi sebab hidayah untuk orang.

Tak satu pun daripada kita yang tak ada kawan.
Tak satu pun daripada kita yang tak ada family, tak ada keluarga. Kita semua ada keluarga.

Cuba jadi sebab satu hidayah kepada keluarga kita.

Kut balik rumah, bagitahu (keluarga) hadir majlis tadi apa yang kita dapat – kongsi.

Majlis-majlis taklim – ajak kawan – “Jom, kita datang.”
Bawa keluarganya untuk hadir. Itu pun bahagian daripada menjadi sebab hidayah kepada orang lain.

Yakni kalau dunia ini dikumpulkan berbanding kita jadi sebab hidayah untuk satu orang, sebab jadi hidayah untuk satu orang => ganjarannya lebih baik daripada dunia dan seisinya.

Kalau 2 orang? Kalau 3 orang?
Pemberian Allah adalah amat luas.

– disunting daripada pengajian bersama Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Video : Irniwati Zakaria

ADVERTISEMENT

Related articles