‘Sering Dilupakan’ – Inilah Hak Suami Yang Perlu Ditunaikan Oleh Isteri

Dalam sesebuah institusi perkahwinan, Islam telah menggariskan tanggungjawab dan hak-hak tertentu kepada suami dan juga isteri untuk digalas. Tanggungjawab dan hak ini merupakan suatu ibadah yang mesti dipikul bersama-sama oleh setiap pasangan suami isteri.

Setiap suami isteri hendaklah bekerjasama dalam menjalankan tanggungjawab dan hak ini dengan sebaik mungkin. Dan sebaik-baiknya ikutan dan contoh adalah Rasulullah صلى الله عليه dalam menguruskan kehidupan dan rumah tangga. Allah سبحانه و تعالى telah mengakui bahawa kekasih-Nya Rasulullah صلى الله عليه adalah merupakan contoh teladan yang terbaik untuk diikuti sebagaimana firman-Nya:

لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّـهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ

ADVERTISEMENT

Maksudnya: “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik.” (Surah al-Ahzab : Ayat 21)

HAK-HAK SUAMI YANG PERLU DITUNAIKAN OLEH ISTERI

Berikut adalah CHECK LIST HAK SUAMI DAN TANGGUNGJAWAB ISTERI YANG SERING DILU’PAKAN

(#1) TAAT KEPADA SUAMI

ADVERTISEMENT

Ketaatan seorang isteri tertakluk kepada beberapa perkara iaitu:

• Isteri wajib taat atas segala perintah suami selagi mana tidak bercang’gah dengan hukum syarak

ADVERTISEMENT

• Isteri hendaklah tinggal bersama suami dan apabila suami ajak pindah, maka hendaklah si isteri ikut suami.

• Isteri hendaklah menunaikan kehendak ba’tin suami apabila suami berkehendak kecuali dalam keadaan tidak boleh bersama seperti ha’id.

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه telah meriwayatkan dari Rasulullah صلى الله عليه bersabda :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ” إِذَا دَعَا الرَّجُلُ امْرَأَتَهُ إِلَى فِرَاشِهِ فَأَبَتْ أَنْ تَجِيءَ لَعَنَتْهَا الْمَلاَئِكَةُ حَتَّى تُصْبِحَ “.

Maksudnya : ” Apabila diajak suami akan isterinya ketempat tidurnya (ji’ma’) sedang isteri menolak sehingga suami tidur dalam keadaan ke’sal dan ma’rah, maka keatasnya lak’nat malaikat hingga waktu subuh” (Sahih al-Bukhari, Kitab an-Nikah, hadis no: 5193)

(#2) MEMELIHARA HARTA SUAMI

– Seorang isteri perlu memelihara dan menjaga harta suami ketika ketiadaan suami

– Isteri tidak boleh membelanjakan harta suami tanpa izin suami. Rasulullah صلى الله عليه bersabda:

Maksudnya : ” Isteri tidak boleh memberi makan orang lain dari rumah suaminya kecuali makanan basah yang dikhuatiri ba’si. Jika ia memberi makanan dari izin suaminya, maka ia memperolehi pahala dari pahala suaminya. Dan jika ia memberi makanan tanpa izin suaminya, maka suaminya mendapat pahala sedangkan isteri mendapat do’sa”

(#3) MEMELIHARA KEHORMATAN DIRI DAN MARUAH SUAMI

– Seorang isteri hendaklah menjaga kehormatan diri serta nama baik suami terutamanya ketika ketiadaan suami dirumah

– Tidaklah boleh membawa lelaki yang bukan mahram ke dalam rumah suami ketika ketiadaan suami

Daripada Abu Hurairah رضي الله عنه meriwayatkan bahawa Nabi صلى الله عليه telah bersabda :

لاَ تَصُمِ الْمَرْأَةُ وَبَعْلُهَا شَاهِدٌ إِلاَّ بِإِذْنِهِ

Maksudnya : ” Tidak boleh seorang isteri berpuasa (puasa sunat) kalau suaminya ada dirumah dan tanpa izin suaminya itu dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki tanpa izin suaminya…” (Hadis Riwayat Bukhari, no. 5192)

(#4) MENGURUS RUMAH TANGGA

– Islam meletakkan tanggungjawab keatas isteri untuk menguruskan rumah tangga seperti menyediakan makanan yang baik, memastikan kebersihan dan keselamatan rumah ketika ketiadaan suami.

– Ini berdasarkan satu kisah yang dinyatakan dalam kitab ‘Fath Bari’ iaitu Rasulullah membahagikan tugasan antara Saidina Ali رضي الله عنه dan Saidatina Fatimah رضي الله عنها dimana Saidina Ali رضي الله عنه bertugas di luar rumah sedangkan di dalam rumah ditugaskan kepada Saidatina Fatimah رضي الله عنها .

– Kisah ini menjelaskan tugas bekerja mencari rezeki adalah tugas suami. Manakala tugas menguruskan rumah adalah tugas isteri

KESIMPULAN

– Dalam kehidupan berumah tangga, masing-masing perlu tahu hak dan tanggungjawab masing-masing

– Janganlah kerana terlalu menun’tut hak sehinggakan lupa tanggungjawab terhadap pasangan. Tidak kiralah tanggungjawab suami keatas isteri ataupun tanggungjawab isteri keatas suami

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Kredit : Amin Ainaquimi
Oleh : Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles