Peribahasa merupakan ungkapan tradisional yang menjadi percakapan dalam kehidupan seharian dan mengandungi maksud dan mesej yang tersendiri. Peribahasa dapat dibahagikan kepada empat iaitu pepatah, perumpamaan, kiasan ibarat dan lidah pendeta.
Menurut tokoh sastera yang terkenal iaitu Za’ba peribahasa ialah susunan kata yang pendek mengandungi makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.
Ciri-ciri peribahasa yang sangat ketara ialah mengandungi susunan ayat yang pendek dan ringkas sahaja tetapi mengandungi mesej yang tersendiri. Selain itu,peribahasa juga merupakan pemilihan kata yang bijak . Hal ini demikian kerana, untuk menggunakan peribahasa dalam komunikasi memerlukan kreativiti dalam menyusun ayat agar mesej dapat sampai dengan jelas kepada individu lain.
Selain itu, peribahasa mempunyai fungsi yang tersendiri iaitu sebagai alat komunikasi formal ataupun tidak formal. Menerusi peribahasa diselitkan unsur-unsur sindi’ran, kri’tikan ataupun teguran. Hal ini demikian kerana, manusia lebih mudah menerima teguran daripada di kri’tik secara langsung. Dengan menggunakan peribahasa individu dapat menerima dan menegur dengan mudah tanpa meng-guris hati mana-mana pihak.
Baru-baru ini, seorang peminat, pengkaji dan penggiat seni warisan alam Melayu, Mohammad Faeez Harith berkongsi dari mana datangnya peribahasa “Menjaga tepi kain orang”.
Beliau mengaitkan peribahasa itu dengan sehelai kain dari alam Melayu yang mempunyai anatomi tersendiri iaitu badan kain, kepala kain, kaki kain dan gigi kain.
Katanya, gigi kain juga turut dikenali sebagai tepi kain, iaitu bahagian yang paling tersembunyi pada sesuatu kain.
Oleh itu, apabila seseorang suka mencari sesuatu yang tersembunyi seperti aib individu lain, dia dikatakan seperti menjaga tepi kain orang.
Apa maksud #peribahasa ; ” Menjaga tepi kain orang?”
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) October 6, 2020
Ini adalah bebenang pic.twitter.com/3531IzzLmP
1)Pertamanya mari berkenalan dengan #anatomi sehelai kain dalam alam #Melayu. pic.twitter.com/DhSNm0WBAP
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) October 6, 2020
2) Tepi kain atau juga disebut gigi kain adalah bahagian birai yang terletak selepas kawasan kaki kain Biasanya tepi kain ini amat halus dan tersembunyi, kadangkala tidak kelihatan.Coraknya juga tidak menarik berbanding bahagian Kaki,Kepala dan Badan Kain.
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) October 6, 2020
3)Oleh kerana itu, bahagian tepi kain ini amat jarang diberikan perhatian kerana kedudukannya yang tersembunyi.
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) October 6, 2020
4)Jadi apabila bahagian yang tidak tampak itu yang sibuk diperkatakan oleh orang yang melihat,sedangkan ia sendiri tidak begitu kelihatan kepada pemakai, itulah yang dimaksudkan dengan sibuk memberi perhatian kepada aib orang lain.
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) October 6, 2020
5)Kerana bahagian tepi kain ini biasa disembunyikan boleh pemakainya sama ada di dalam gulungan atau ikatan bergantung kepada cara pemakaiannya.
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) October 6, 2020
6)Jadi sikap orang yang menjaga tepi kain orang ini sangat negatif kerana bahagian yang sudah disembunyikan pemakainya pun boleh kelihatan cela pada matanya.
— Mohammad Faeez Harith (@H_Bakkaniy) October 6, 2020
Sumber : @H-Bakkaniy (Mohammad Faeez Harith) via Siakap Keli