Senjata & Benteng Umat Akhir Zaman Daripada Fitnah Dajjal

Apabila dajjāl ini muncul dan mengelilingi setiap inci muka bumi ini, maka gerak kerja yang akan di lakukan oleh dajjāl pertama dan terakhir ialah mensyīrīkkan umat Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم . Itu sebab kenapa ke semua nabi termasuk Rasulullah صلى الله عليه وسلم member peringatan tentang bahāyanya fītnah dajjal.

Di dalam berpuluh-puluh hadis, sehingga tentang dajjāl ini menjadi muttawatir maknawi kerana banyakkan riwayat hadis Nabi صلى الله عليه وسلم yang memberi peringatan tentang bahāyanya fītnah dajjāl ini.

Maka dengan sebab itu Nabi صلى الله عليه وسلم memberitahu kepada umatnya beberapa sēnjata yang boleh diamalkan oleh umatnya di akhir zaman dan ai sangat berkesan kerana sēnjata ini diturunkan khas oleh Allah سبحانه و تعالى‎ untuk membentengī umat akhir zaman daripada ribuan jenis fītnah dan bapa kepada segala fītnah iaitu fītnah al dajjāl.

ADVERTISEMENT

Ketahuilah sejata itu adalah Surah Al-Khafi.

EMPAT BENTENG AKHIR ZAMAN

Menurut Ustaz Wadi Annuar ada TIGA (3) cara kita untuk mengamalkan bacaan Surah Al-Kahfi dan DOA yang dibaca didalam solat sebelum memberi salam untuk melindungi diri daripada belītan ribuan fītnah-fītnah akhir zaman dan fītnah dajjāl yang diajarkan oleh Baginda Rasullah صلى الله عليه وسلم . Ingatlah elok-elok

(1) BACA SURAH AL-KHAFI AYAT 1 – 110

Baca surah Al-Khafi setiap hari Jumaat sekali. (Seminggu sekali setiap hari Jumaat)

(2) BACA SURAH AL-KHAFI AYAT 1-10

Baca surah Al-Khafi ayat 1-10 setiap hari

ADVERTISEMENT

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, daripada Abu Darda’ رضي الله عنه  , bahawa Nabi صلى الله عليه bersabda:

مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْف عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ

ADVERTISEMENT

Maksudnya: “Sesiapa yang menghafal 10 ayat daripada awal surah al-Kahfi akan terselamat daripada fītnah Dājjal”. (Riwayat Muslim no. 1342)

(3) BACA SURAH AL-KHAFI AYAT 101-110

Baca surah Al-Khafi ayat 101-110 setiap hari

Dari Abu Darda’ رضي الله عنه  , ia berkata bahwa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda,

مَنْ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ آخِرِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنْ فِتْنَةِ الدَّجَّالِ ». قَالَ حَجَّاجٌ « مَنْ قَرَأَ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ سُورَةِ الكَهْفِ

Maksudnya : “Barangsiapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al Kahfi, maka ia akan terlindungi dari fītnah Dajjāl.”

Hajjaj berkata, “Barangsiapa membaca sepuluh ayat terakhir dari surat Al Kahfi” (Hadis Riwayat Ahmad 6: 446. Syaikh Syu’aib Al Arnauth berkata bahwa sanad hadits ini shahih, perawinya tsiqah termasuk dalam periwayat shahihain –Bukhari dan Muslim- selain Ma’dan bin Abi Tholhah Al Ya’mari yang termasuk perawi Muslim).

Bacalah, kita akan dapat melihat bagaimana Allah سبحانه و تعالى‎ menjaga diri kita dan ahli keluarga kita daripada belītan ribuan fītnah akhir zaman.

Kata Ustaz Wadi Annuar lagi, siapa yang nak rasa dirinya, keluarganya dilindungi daripada fītnah maka amalkan al-khafi ini.

(4) MEMBACA DOA SELEPAS TAHIYAT AKHIR SEBELUM MEMBERI SALAM

Cara yang keempat diajarkan oleh Rasulullah صلى الله عليه وسلم ialah membaca doa selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam.

Menurut Ustaz Wadi Annuar, ramai yang tidak tahu, rugī besar. Rupanya Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengamalkan satu doa sabit dengan hadis yang sahih setiap kali Nabi solat. Setiap kali Nabi solat selepas tahiyat akhir sebelum beri salam Nabi akan baca doa ini

Berdoa Dari Fītnah Dajjāl

Terdapat hadis Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengajar kita membaca selepas tahiyyat akhir:

إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الآخِرِ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Maksudnya: Apabila kamu selesai daripada membaca tasyahhud akhir, maka berlindunglah dengan Allah daripada empat perkara: Dengan berdoa:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada azāb Nēraka Jahannam, daripada azāb kubūr, fītnah kehidupan dan kematīan dan daripada kejahātan fītnah al-Masih al-Dajjāl.” (Riwayat Muslim no. 588)

Dikatakan Thawus bin Kaisan, apabila anaknya selesai solat akan bertanya: Adakah beliau sudah membaca doa ini. Jika dijawabnya tidak, nescaya diminta untuk mengulangi solat dan membaca doa.

Kita habis solat baca tidak doa ini? Jika tidak baca rugī kita.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Video : Ustaz Wadi Annuar

ADVERTISEMENT

Related articles