Nama Ustaz Ebit Lew tidak perlu diperkenalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia khusus peminta dan pengikutnya. Keprihatinan dan sikap pemurah hati pendakwah terkenal, Ebit Lew memang tidak boleh disangkal lagi.
Siri-siri bantuan yang dilakukan oleh Ustaz Ebit Lew kepada mereka yang memerlukan sangat disenangi oleh pelbagai lapisan masyarakat.
Terbaharu, Ebit turut turun padang menyalurkan bantuan kepada penduduk Sabah yang terkesan dengan pande-mik Co-vid 19.
Situasi CO-VID 19 di Sabah masih lagi belum menunjukkan tanda-tanda untuk pulih sepenuhnya dengan kes harian yang tinggi setiap hari.
Dalam keadaan ini, petugas barisan hadapan bertungkus lumus bagi membendung penularan jang-kitan vi-rus tersebut.
Namun, apabila kes tidak terkawal, doktor dan jururawat dari beberapa hospital di semenanjung juga terpaksa dibawa ke sana bagi membantu petugas di sana.
Lebih meme-ritkan, mereka kekurangan alatan peru-batan dan keperluan kerana jumlah pesa-kit yang meningkat setiap hari.
Menerusi hantarannya di Facebook miliknya hari ini, Ebit memaklumkan beliau menggunakan perkhidmatan kargo, Raya Airways untuk menghantar barangan perubatan ke negeri di bawah bayu itu.
“Doakan ya… risau teramat sangat baca tentang saudara kita di Sabah.
“Ramai mesej saya minta bantuan. Terus pagi ini hantar barang medi-kal (peru-batan) ke Sabah,” katanya.
Katanya, sumbangan disalurkan berbentuk barangan seperti kelengkapan perlindungan diri (PPE), peri-sai dan pelitup muka serta pelindung kasut untuk kegunaan barisan hadapan.
“Saya sumbangkan barang set PPE dengan spec, face shield, mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah.
“Doakan ya… insya-Allah semoga Allah selamatkan Sabah, sayang orang Sabah sangat,” katanya.
Sumber : Ebit Lew, Siakap Keli