Sekiranya Solat Tahajud Sukar Kita Lakukan, Pastikan Kita Tidak Tinggal Solat Sunat Ini

Solat sunat disebut juga solat Nawafil atau Tatawwu’ iaitu solat yang dilakukan secara sukarela untuk mendekatkan diri kepada Allah سبحانه و تعالى‎.

Orang yang mengerjākannya dengan ikhlas lebih dikasihi dan diberi lebih perhatian oleh Allah سبحانه و تعالى‎  berbanding orang yang hanya mengerjakan solat fardu semata-mata.

Sekiranya solat tahajud sukar kita lakukan, pastikan kita tidak tinggal solat sunat Rawatib. Solat Rawatib adalah solat sunat yang ditetapkan sebelum dan selepas solat fardu

Solat sunat rawatib adalah solat-solat sunat yang didirikan sebelum ataupun sesudah solat fardhu lima waktu.

Solat rawatib sebelum solat fardhu dikenali sebagai solat sunat qabliyah, manakala solat rawatib yang setelah solat fardhu pula dikenali sebagai solat ba’diyah.

Ibn Rajab al-Hanbali dalam Lataif al-Ma’arif berkata: “Solat Sunat Rawatib sebelum dan selepas solat fardu lebih afdal daripada solat malam menurut jumhur ulama. Tiada yang menyalahinya selain sesetengah ulama Syafiiyah.”

Imam al-Nawawi dalam Majmuk berkata: “Para ulama kami berkata: Sebaik-baik solat sunat yang tidak disyariatkan berjemaah adalah solat sunat rawatib bersama solat fardu. Sebaik-baik rawatib adalah witir dan sunat fajar (qabliyah subuh).”

Dalam kitab al-Iqna’ disebutkan bahawa solat sunat rawatib terbahagi kepada dua, muakkad dan tidak muakkad.

Para ulama Syafi’iyyah umumnya telah memilih pandangan bahawa bilangan rakaat rawatib yang mu’akkad ialah sebanyak 10 rakaat. Ini sebagaimana yang termaktub dalam Matan Zubad ibn Ruslan, iaitu antara matan asāsi dalam fiqh mazhab Syafi’e:

ثنتان قبل الصبح، والظهر كذا…… وبعده، ومغرب، ثم العشا

Maka kita simpulkan di sini solat-solat sunat rawatib yang mu’akkad ialah:

  1. Dua rakaat sebelum Subuh
  2. Dua atau empat rakaat sebelum Zohor
  3. Dua rakaat (dari empat rakaat) selepas Zohor
  4. Dua rakaat selepas Maghrib
  5. Dua rakaat selepas solat Isya’ (Al-Taqrirat al-Sadidah, hal. 284 dan Matla’ al-Badrain, 1/132)

SOLAT RAWATIB GHAIRU MU’AKKAD

Solat sunat rawatib yang tidak mu’akkad pula ialah:

  1. Dua rakaat terakhir (dari empat rakaat) sebelum Zohor
  2. Dua rakaat terakhir (dari empat rakaat) selepas Zohor
  3. Empat rakaat sebelum Asar
  4. Dua rakaat sebelum Maghrib
  5. Dua rakaat sebelum Isya (Rujuk Al-Taqrirat al-Sadidah, hal. 285 dan Matla’ al-Badrain, 1/132-133)

Jika tidak mampu buat semua, jangan tīnggalkan semua.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku

Related articles