Sedar Diri Tak mampu! Doktor Tak Kisah ‘Downgrade’ Kereta, Jual Volkswagen Passat Beli Proton Perdana Terpakai…

SETIAP daripada kita ingin memiliki sebuah kereta idaman, khusunya kereta mewah yang pastinya menjadi impian setiap lelaki.

Adakalanya, keingingin yang tinggi bagi memenuhi kehendak ini melebihi kemampuan dan keperluan kita sendiri. Sehinggakan ramai yang tidak sedar hinggakan akhirnya terbeban dengan keingginan sendiri.

Perkongsian oleh Mohamed Ridzuan Mohamed Bukhori, 31, ini mungkin boleh dijadikan contoh kepada kita khususnya kepada lelaki yang bergelar ketua keluarga. Beliau membuat satu keputusan yang tepat apabila dia menjual semula kereta jenama Volkswagen Passat B8 Highline dan kini memilih untuk menggunakan kereta buatan Malaysia, Proton Persona terpakai.

ADVERTISEMENT

Memetik cerita daripada mStar, dia yang mesra disapa Ciwan menceritakan semula kisah disebalik pengorbanan menukar kereta demi diri dan keluarga tercinta.

Posting asal Mohamed Riduaan ataupun ciwan di Facebook miliknya

MINAT KERETA SEDAN

“Sejak dulu lagi saya memang minat kereta jenis sedan macam Honda City atau Toyota Camry tapi masa tu masih belajar, jadi saya pakai Perodua Viva.

“Pada 2019, saya buat keputusan untuk tukar kereta baharu. Saya pergi banyak showroom untuk test drive kereta-kereta mewah. Saya cuba pandu kereta Honda, Toyota, Hyundai dan Mazda termaksuklah Volkswagen.

“Apabila cuba pandu kereta Volkswagen saya terus tertarik dengan Passat yang laju dan kawalan steering yang mantap. Tanpa berfikir panjang, saya terus tempah kereta tu,” katanya kepada mStar.

ADVERTISEMENT

PENTINGNYA ILMU KEWANGAN DAN SIMPANAN

Jelas Ciwan yang mula berkhidmat sebagai doktor di Klinik Kesihatan Beseri, Perlis sejak 2016, dia tidak mempunyai ilmu kewangan dan simpanan ketika membuat pembelian itu.

Tambahnya, kereta tersebut dibeli ketika dia sudah bergelar bapa kepada seorang cahaya mata dengan membuat bayaran deposit sebanyak RM6,000.

ADVERTISEMENT
Mohamed Ridzuan merupakan seorang doktor yang mula berkhidmat pada tahun 2016

“Saya beli kereta tu memang fikir untuk enjoy saja. Kereta dibeli pada harga RM195,000 dan RM5,000 insuran. Pada masa tu saya ditawarkan rebat sebanyak RM20,000 dan saya buat pinjaman bank sebanyak 170,000 sahaja.

“Setiap bulan saya kena bayar ansuran hampir RM2,000 untuk kereta. Walaupun gaji RM5,000 hingga ke RM6,000 ketika tu dan ada pendapatan sampingan buat locum swasta sebanyak RM2,000, saya tak sedar yang saya masih tak layak beli kereta macam tu,” jelas Ciwan.

KOMITMEN HIDUP SEMAKIN BERTAMBAH

Katanya yang sudah berumah tangga sejak 2017, dia mula menyedari bahawa komitmen hidup semakin bertambah kerana pada masa dia turut membeli sebuah rumah selain isteri sedang hamil anak kedua mereka.

Merupakan seorang bapa kepada dua orang cahaya mata

Akur dengan keperluan semasa, Ciwan akhirnya menjual kereta kesayangannya itu pada April 2022 pada harga RM120,000 dan menukar kepada sebuah kereta terpakai dengan bayaran bulanan lebih rendah.

“Saya mula sedar komitmen hidup dah melebihi kemampuan sejak menyertai seminar hartanah dan pengurusan kewangan awal tahun haritu. Sedikit sebanyak ilmu berkaitan kewangan saya ketahui sejak tu.

“Awal Mac tahun ni, saya ambil keputusan jual Passat tu. Saya iklankan dekat Facebook untuk cari pembeli walaupun berat hati nak lepaskan. Sebulan lepas tu kereta terjual tapi terpaksa tambah duit RM30,000 dekat bank sebab harga kereta terjual lebih rendah berbanding baki hutang.

“Kemudiannya, saya cari kereta terpakai untuk gantikan kereta tu. Saya perlukan kereta besar supaya lebih selesa untuk bawa keluarga. Alhamdulillah saya jumpa kereta Proton Perdana tahun 2017 berharga RM60,000,” ujar Ciwan.

Mohamed Ridzuan bersama isteri serta dua anaknya

Keputusan Ciwan mendapat sokongan penuh oleh keluarga dan kawan-kawan yang menghormati langkah dibuat secara drastik ini.

Dalam pada itu, Ciwan mengingatkan orang ramai supaya membuat perkiraan yang betul sebelum membeli kereta idaman.

Ujarnya, kita tidak perlu malu untuk menggunakan kereta yang lebih murah mengikut kemampuan semasa.

Mudah-mudah perkongsian ini dapat sedikit sebanyak membantu khususnya kepada lelaki yang bergelar ketua keluarga dalam merancang kewangan keluarga kerana ramai yang tidak sedar terperangkap kerana mengikuti keinginan yang tinggi. Yang mengakibatkan menanggung beban, malah emosi diri dan keluarga juga terkesan.

Akhirnya semoga dipermudah segala urusan kita semua dalam berdepan dengan ekonomi yang kian mencabar.

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku


Sumber/Foto : Mohamed Ridzuan via mStar

ADVERTISEMENT

Related articles