Sedapnya! Ini Cara Buat Ikan Bakar Bunga Kantan. Nak Sedap Lagi Perahkan Limau Kasturi

Nak cubaa resepi baru? Jom cuba resipi ikan bakar bunga kantan ini. Kalau tak cuba memang takkan tahu ‘kesedapan’ menu ini. Tak cayo cuba la try, baru tahu namboh nasi ke tidak. Anak-anak pun dijamin suka dan makan berselera!

Cara nak membuatnya pula cukup mudah dan ringkas. Ikuti sahaja resepi perkongisan Puan Siti Zanariah Khalit ini.

Mari ikuti resepi perkongisan beliau di bawah ini.

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN : Resipi Percik Ikan Kembung ‘Terlajak’ Sedap, Dengan Kuah Meleleh

RESEPI IKAN BAKAR BUNGA KANTAN

Terlalu sibuk hingga lambat masak untuk makan tengahari. Suami dan anak-anak dah kelaparan. Ibu cuma sempat masak satu lauk saja. Alhamdulillah berselera suami dan anak-anak makan. Tak tahulah mereka berselera sebab sudah terlalu lapar atau sebab keenakan masakan ibu.

Ikan bakar bunga kantan namanya. Kebetulan ada sekuntum bunga kantan yang hampir buruk dalam peti sejuk. Dari terbuang eloklah dicampur dalam masakan. Aroma ikannya sangat wangi. Ada lebihan perapan. Sayang nak dibuang. Jadi ibu masukkan sedikit santan pekat untuk dijadikan sos pencicah. Aduh sedapnya. Nak lagi sedap? Perahkan limau kasturi… sangat membuka selera. Jom semak resepi…

ADVERTISEMENT

BAHAN-BAHAN :

  • Ikan (apa-apa jenis ikan pun boleh. saya guna ikan selar)
  • Bunga kantan – cincang halus
  • Santan

BAHAN PERAPAN :

  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 6 biji cili api (boleh tambah)
  • 3 biji lada merah
  • Kunyit hidup
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • Sedikit gula (jika suka)
  • Sedikit pes asam jawa

CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Kisar semua bahan perapan. Campurkan bunga kantan.

ADVERTISEMENT

2. Kemudian perap ikan dengan bahan tadi selama 30 minit.

3. Bakar ikan atas kuali beralaskan daun pisang hingga masak.

4. Untuk sosnya.. lebihan bahan perapan tadi dipanaskan dalam kuali.

5. Kemudian masukkan santan dan sedikit air. Boleh tambah garam dan bahan lain sekiranya kurang rasa. Siap.

NOTA : Jangan bakar ikan terlalu lama. Nanti kering tekstur ikannya. Kita nak isi ikan tu juicy baru ngam…

Selamat mencuba!

Sumber/Foto : Siti Zanariah Khalit

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @viralmalaysiaku untuk artikel dan tips-tips menarik

Viral Malaysia Ku

ADVERTISEMENT

Related articles