Allah سبحانه و تعالى berfirman
اِنَّ اللّٰهَ لَا يَغْفِرُ اَنْ يُّشْرَكَ بِهٖ وَيَغْفِرُ مَا دُوْنَ ذٰلِكَ لِمَنْ يَّشَاۤءُ ۚ وَمَنْ يُّشْرِكْ بِاللّٰهِ فَقَدِ افْتَرٰٓى اِثْمًا عَظِيْمًا
yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dōsā seseorang yang syīrīk kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain daripada dōsā syīrīk. Barang siapa yang mempērsekūtukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dōsā yang besar.” (Surah an-Nisa’, ayat 48)
Barangkali kita telah terselamat daripada melakukan perkara membawa kepada syīrīk secara terangan seperti menyembāh berhālā, tōkōng atau apa sahaja yang menyamakannya dengan Allah سبحانه و تعالى . Tetapi adakah dengan tidak menyekutūkan Allah سبحانه و تعالى secara terang itu kita tidak melakukan syīrīk kepada-Nya?
Perbuatan syīrīk bermaksud sesuatu perbuatan yang menyekūtūkan Allah سبحانه و تعالى dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktikad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain sama ada makhluk bernyāwā atau sebaliknya menyamai bagi Allah سبحانه و تعالى.
AMALAN PERLEPASAN DARIPADA SYĪRĪK – BACA SURAH AL-KAFIRUN SEBELUM TIDUR
Seorang sahabat telah bertanya kepada Nabi صلى الله عليه وآله وسلم tentang bacaan yang patut dibaca sebelum tidur. Sabda Nabi صلى الله عليه وآله وسلم :
اقْرَأْ قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ فَإِنَّهَا بَرَاءَةٌ مِنْ الشِّرْكِ
“Bacalah قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ (Surah al-Kafirun), sesungguhnya surah itu ialah kelepasan daripada syīrīk”.
(Hadis riwayat al-Tirmizi dan disahihkan oleh al-Suyuti dalam al-Jami’ al-Saghir)
Jom amalkan setiap hari sebelum tidur. Mudah-mudahan kita terpelihara daripada syīrīk.
والله أعلم بالصواب
Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !
عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.
صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893
Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)
Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku
Oleh : Viral Malaysia Ku