Seakan-Akan Syurga Itu Dicipta Untuk Untuk Mudah Wanita Memasukinya, Semoga Para Isteri Tergolong Dalam Golongan Yang Dapat Melaksanakannya.

“Jika seorang wanita itu :

(1) menjaga solat fardhu lima waktu,
(2) berpuasa di bulan Ramadhan (dan menyempurnakan apa yang luput daripadanya),
(3) menjaga dirinya daripada zīnā (dan perbuatan seumpamanya), serta
(4) taat kepada suaminya,

maka akan dikatakan padanya (pada hari kīāmat kelak): Masuklah kamu ke dalam syurga dari mana-mana pintu syurga yang kamu ingini.”

Demikian sabdaan Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

1. Apabila membaca hadith ini, seakan-akan syurga itu dicipta untuk mudah para wanita memasukinya. Tidak dībebānkan dengan amal-amal yang berat.

2. Seakan-akan yang dituntut daripada mereka adalah kesetiaan diri mereka, Kesetiaan yang tidak berbelāh bagi; hatta kepada kemahuān diri mereka juga tidak dipertahānkan.

3. Di suatu sisi yang lain; Luar biasa keadaan orang-orang yang terpilih sebagai ahli syurga saat mereka di dunia.

DI dunia, Allah سبحانه و تعالى‎ membimbingnya : dijadikan dia seorang yang setia padaNya, setia pada syariat NabiNya, dan juga setia pada kehambaān walau apapun keadaan yang telah ditaqdirkan buatnya.

Semoga Allah سبحانه و تعالى‎ memberkati para wanita yang menjadi sebab para lelaki berpeluang mempelajari hadith ini daripada Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Jika ingin menghafal hadith ini, lafaznya berbunyi :

‎إِذَا صَلَّتِ الـمَرأةُ خَمسَهَا، وَصَامَت شَهرَهَا، وَإِذَا حَفِظَت فَرْجَهَا، وَأطَاعَت زَوجَهَا قِيلَ لَـهَا : ادْخُلِي الـجَنَّـةَ مِن أَيِّ أبْوَابِ الـجَنَّةِ شِئتِ

Baca Lagi di : Nota Muhammad Hosnee al-Azhari

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Kredit : Nota Muhammad Hosnee al-Azhari

Related articles