Saya Sudah Berzikir Mengingat Allah, Tapi Kenapa Hati Saya Tak Juga Tenang?

Islam mementingkan ketenangan jiwa. Tiada cara terbaik untuk mendapatkannya, melainkan mengajar diri sendiri dan anak sentiasa berzikir mengingati Allah سبحان و تعالىٰ .

Namun, kadang kala ramai diantara kita tertanya-tanya. ‘Aku sudah berzikir, tetapi hatiku masih tidak tenang..’ Jom hayati perkongsian ini.

Zikir

“Maulana, saya sudah berzikir mengingat Allah سبحان و تعالىٰ, tapi kenapa hati saya tak juga tenang? Padahal Allah سبحان و تعالىٰ berfirman:

ألا بذكر الله تطمئن القلوب.

“Ketahuilah, dengan mengingat Allah hati menjadi tenang!”

“Nak, perhatikan lagi ayat itu? Siapa Fail (pelaku) dari kata zikir (mengingat)?

Kamu atau Allah?

Iyaa… Fail (pelakunya) adalah Allah سبحان و تعالىٰ , posisi zikir di sana adalalah mas’dar yang diidafahkan kepada failnya. Maka makna ayatnya,

ألا بذكر الله (لك) تطمئن القلوب

“Ketahuilah dengan Allah mengingatmu, maka hatimu akan tenang.”

“Bagaimana agar Allah سبحان و تعالىٰ mengingatmu?”

Allah سبحان و تعالىٰ  berfirman dalam hadist Qudsi :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” يَقُولُ اللَّهُ تَعَالَى: أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي، وَأَنَا مَعَهُ إِذَا ذَكَرَنِي، فَإِنْ ذَكَرَنِي فِي نَفْسِهِ ذَكَرْتُهُ فِي نَفْسِي، وَإِنْ ذَكَرَنِي فِي مَلَإٍ ذَكَرْتُهُ فِي مَلَإٍ خَيْرٍ مِنْهُمْ، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ بِشِبْرٍ تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ ذِرَاعًا، وَإِنْ تَقَرَّبَ إِلَيَّ ذِرَاعًا تَقَرَّبْتُ إِلَيْهِ بَاعًا، وَإِنْ أَتَانِي يَمْشِي أَتَيْتُهُ هَرْوَلَةً 

Dari Abu Hurairah رضي الله عنه, ia berkata bahwa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda,

“Allah سبحان و تعالىٰ berfirman: Aku sesuai persangkaan hamba-Ku. Aku bersamanya ketika ia mengingat-Ku. Jika ia mengingat-Ku saat bersendirian, Aku akan mengingatnya dalam diri-Ku. Jika ia mengingat-Ku di suatu kumpulan, Aku akan mengingatnya di kumpulan yang lebih baik daripada pada itu (kumpulan malaikat).Jika dia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku akan mendekat kepadanya sehasta. Jika dia mendekat kepada-Ku sehasta, Aku akan mendekat kepadanya sedepa. Jika dia mendatangi-Ku berjalan, Aku akan mendatanginya berlari.” (Hadis Riwayat. Sahih Bukhari, no.7405).

“Ketika hatimu sempit, baca sebanyak-banyaknya sealawat. Sepuluh ribu misalnya. Lakukan amalan-amalan besar, datangi faqir miskin. Ziarah. Allah سبحان و تعالىٰ akan bukakan kesem’pitan hati. Atau perbanyaklah Selawat maka hatimu tak akan sempit.” — Syeikh Amr Wardhani

والله أعلمُ

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda !

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه وسلم bersabda: “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Disediakan oleh : abunur@vmk
Sumber : Fahmi Ain Fathah

 

 

 

Related articles