‘Saya Menangis Dah Masa Ni’ – Kisah ‘Menjentik Hati’, Ustazah Asma Harun Dengan Penoreh Getah

Ada satu perkongsian ceramah atau boleh kita panggil kuliah yang disampaikan oleh Ustazah Asma Harun yang saya rasa sangat baik untuk saya kongsikan disini.

Apa yang diceritakan oleh Ustazah Asma ini memberi kesan kepada saya ketika mendengar perkongsian tersebut. Bergenang air mata mendengar bait-bait perkongsian daripada Ustazah. Saya berharap pembaca juga dapat manfaat, pengajaran daripada pengkongsian penulisan ini. Video juga akan disertakan di dalam penulisan artikel ini. Mari kita ambil pengajaran daripada kisah yang dikongsikan oleh Ustazah Asma ini.

Saya (Ustazah Asma) pernah jumpa wanita, dia seorang penoreh getah. Umur dia dalam 30 lebih.

ADVERTISEMENT

Ketika itu saya berkuliah di satu tempat kawasan felda, bukan kawasan felda, kawasan kampung kerja disitu kebanyakkan penoreh getah.

Ketika separuh daripada ceramah saya, baru lah seorang wanita yang berpakaian lūsuh kemudian ada anak kecik dalam 2 3 orang dia bawa ketika itu tuan puan sekalian.

Selepas selesai saya ceramah, dia datang kepada saya.. dia bawa anak-anak. Saya parking dan dia parking motorsikal dia di sebelah.

Tuan puan tahu tak motor dia macam mana?

ADVERTISEMENT

Motor dia yang sangat burūk, yang tempat duduk dah kōyak rābak.

Koyāk..
Motor burūk..
Koyāk..

ADVERTISEMENT

Lepas itu dia datang, dia cakap… “Assalamualaikum ustazah..”

Saya jawab.. ‘Waalaikumusalam..’

Ustazah maaf saya lambat, ustazah ceramah pukul 9 saya tengah menorēh lagi, saya datang pukul 10..

Saya kata .. ‘takpe.. menorēh ye.. ‘

Umur 30 lebih menoreh getah bawa anak kecik-kecik..

Dia kata, ‘Ya ustazah, saya kerja menorēh getah.. saya cari rezeki untuk sara hidup anak-anak..’

Saya tanya, ‘Puan ibu tunggal ke?’

‘Tak.. saya ada suami, tapi Allah uji saya ustazah.. suami saya tidak bertanggungjawab seolah macam tiada suami. Tapi saya redha ustazah dengan ujian Allah ini, saya redha..saya bertahan..’ jawab ibu ini

Subhanallah…

Saya tanya lagi, ini motor akak ye?

Ye motor saya, Alhamdulillah dengan motor ini boleh cari rezeki, boleh pergi menorēh.. orang bagi ustazah. motor buruk pun cari rezeki.

Saya kata.. ‘Ya Allah, hebatnya…’

Bukan dia kata.. motor ni jela ustazah, motor buruk ni macam mana ..’

Tak.. mulut dia syukur, syukur.. sabar, sabar…

Lepas tu kan, saya ni bila saya dengar seorang yang cakap begitu.. bagi anggapan saya mungkin dia mengharapkan bantuan daripada saya. Saya pun ambil sedikit duit daripada beg saya nak bagi..

‘akak..’ saya kata.. ini sikit untuk akak ye..

Lepas itu dia tolak, dia tolak sungguh-sungguh.. dia kata

‘Ustazah, saya tidak berniat langsung mengharapkan bantuan daripada ustazah, Allah dah banyak tolong saya, Allah dah banyak beri rezeki pada saya..’

Walaupun selepas itu orang cerita pada saya, ‘Ustazah dia memang orang susah…’ ‘Ustazah.. rumah dia buruk je macam pondok je..’ ‘Ustazah sekian sekian’

Ya Allah… itu pun dia kata Allah bagi dia banyak rezeki. Dia tolak, dia tak nak terima. Dia kata, ‘Ustazah, saya tak niat, saya tak niat nak apa-apa daripada ustazah..’

‘Saya cuma datang nak bertanya satu soalan..’

‘Ya akak nak tanya apa? ‘.. saya dah menangīs dah masa ni kata Ustazah Asma

Ya akak nak tanya apa kak?

Macam ni Ustazah, akak ni jika akak sembāhyang je akak akan menangīs je, kadang-kadang menangīs tu tak berhenti, nangīs..nangīs.. sah tak sembāhyang saya? Bila sembāhyang menangīs.. sah tak sembāhyang saya ustazah? dia tanya

Lepas tu kan, saya pun tanya.. ‘Kenapa akak nangīs dalam solat?’

‘Saya rindu, saya rindukan Allah, saya rasa masa solat tu saya sedang bercakap dengan Allah, saya rasa macam bila dapat jumpa Allah ni.. Saya rindu Rasulullah..’

Bila dia cakap macam tu tuan puan, menangīs, saya menangīs. Masa saya menangīs tu saya kata..

‘Akak, untungnya akak.. Allah tak beri akak apa yang manusia lain dapat. Orang lain dapat suami yang baik akak tak dapat. Orang lain dapat rumah selesa akak tak dapat. Orang lain kerja baik-baik akak penorēh getah. Akak pakai pakaian yang lūsuh, anak akak pun pakaian būrūk, lūsuh tetapi Allah beri akak hati yang sangat indah, hati yang sangat mahal, hati emas yang sangat sūsah didapati oleh manusia hari ini. Akak saya solat susah nak nangīs kak. Sebab apa? sebab saya tenggelam dalam nikmat yang Allah bagi. Nīkmat dunia mengelilingi saya. Susah nak menangīs kak. Saya mungkin boleh menangīs ketika solat waktu saya diuji oleh Allah. Mungkin masa tu saya boleh menangīs waktu saya diuji terūk. Tapi akak subhanallah.. Allah سبحانه و تعالى‎ bagi nikmat.

Saya jawab.. ‘kak solat tak batal akak menangīs , solat tak batal.. jangan sampai keluarkan suara sahaja..’

Dia kata, ‘Terima kasih ustazah, Insyaallāh saya syukur atas segala-galanya Allah bagi, Allah sayang saya. Saya syukur ustazah, saya tidak kisah saya takda itu, takda ini. Saya tak kisah. Yang penting saya dapat solat. Yang penting saya boleh nangīs dengan Allah..’

Saya kata .. ‘takpe kak.. sah solat akak, akak jangan bimbang..’

Tuan puan yang dirahmati Allah sekalian, itulah yang sebenarnya kita nak capai. Hati yang rindu kepada Allah سبحانه و تعالى‎. Hati yang rindu kepada Allah ini takkan berlaku kecuali dengan kita ini kenal Allah dan cinta Allah.

Kenal hakikat Allah sangat sayangkan kita.
Allah sangat cintakan kita.
Allah berikan segala yang kita nak.

Dulu tuan puan apa yang kita kecik apa yang kita bayangkan.. kita dah dapat pun hari ini.

Masa kita kecik, kita tengok orang ada kereta. Uishh Seronoknya..satu hari nanti aku nak bawa kereta bestnya. Akhirnya kita bawa kereta.

Suatu hari aku nak ada gini.. dah dapat.

Tuan puan sekalian, kalau kita ingat balik apa yang kita impikan masa sekolah rendah.. kita dah dapat. Apa yang kita impikan masa sekolah rendah kita dah dapat hampir semua. Tapi kita jarang menghitung nikmat Allah, maka kita betapa besarnya cinta Allah kepada kita.

Link video : Orangnya MISKīN tapi hatinya KAYA – Ustazah Asma Harun

Sesiapa yang mencintai Allah, maka dia akan memandang semua perkara itu indah. .اللهم اجعلنا من أهل المحبة ! آميين

والله أعلم بالصواب

Semoga perkongsian ini mendapat manfaat kita bersama. Kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat anda

عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عُقْبَةَ بْنِ عَمْرٍو الْأَنْصَارِيِّ البَدْرِيِّ رَضِيَ اللّٰهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللّٰهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ.

صحيح مسلم ، كتاب الإمارة ، باب فضل إعانة الغازي في سبيل الله بمركوب وغيره، وخلافته في أهله بخير ، حديث رقم 1893

Daripada Abu Mas’ud ‘Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy رضي الله عنه, beliau berkata : Rasulullah صلى الله عليه bersabda : “Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya.” (Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Like dan Follow kami di @genganakmuda dan @viralmalaysiaku

Oleh : Viral Malaysia Ku
Video : SifuRoti

ADVERTISEMENT

Related articles